peduli ummat

Showing posts with label negara dan politik. Show all posts
Showing posts with label negara dan politik. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

Wanita Komoditi Pertukaran!


Generasi baru yang ditunggu-tunggu.
Girlfriends 'exchanged' for drugs
Would you offer a night of passion with your girlfriend (or boyfriend) for drugs? Shockingly, some Malaysian youth in Kelantan did.

Bernama, a Malaysian news agency, reported that some Kelantanese teenagers exchanged sexual intercourse with their girlfriends for psychotropic pills (or 'pil kuda' in local lingo).

These activities have been blamed for the increase in sexual crimes in the northern Malaysian state.

State police deputy chief Senior Assistant Commissioner Mazlan Lazim explained that teenage addicts would make such offers to drug peddlers for their supply of pills.

"Such alarming activity also involved schoolboys aged between 14 and 16, who already had sex with their girlfriends," he said.


sumber:msn news

Assalamualaikum wbt

dari hari ke hari darjat wanita kembali seperti zaman jahiliyah dahulu..ia hanya akan diangkat darjatnya dengan Islam yang diamalkan..remaja makin hari makin rosak..lelaki dengan pengambilan dadah dan perempuan dengan hilangnya malu hingga membawa kepada jenayah dan dosa lain yang lebih besar

perhatikanlah isu ini terlebih dahulu di kalangan keluarga kita kerana Allah warning kita..jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada dimasukkan ke dalam api neraka...daripada dosa dan maksiat..sistem kekeluargaan yang semakin rapuh sekarang ini amat menakutkan kita..

semoga kita ambil pengajaran dan nasihat menasihati orang yang disekeliling kita disamping mendidik generasi baru Islam sebagai iron stock di masa depan. Bukankah keadaan sesebuah negara itu di masa akan datang dapat kita lihat daripada keadaan generasi mudanya sekarang? generasi muda harapan agama dan negara.

wallahualam

Monday, May 17, 2010

PGSM terkejut keputusan mahkamah


KUALA LUMPUR 15 Mei - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil semalam yang memberi kebenaran kepada seorang wanita bukan Islam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, Pgsm akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dipertahankan berikutan keputusan itu.

Pihaknya memandang serius perkara itu kerana mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan, hanya warganegara beragama Islam yang layak memohon dan menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

"Bertugas di Mahkamah Syariah memerlukan peguam berhujah dengan mengemukakan dalil al-Quran, hadis dan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu di kamar beliau selepas menolak bantahan awal MAIWP.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Ini adalah kes pertama di ibu negara apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam yang beragama Islam boleh bekerja sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Victoria yang memperoleh diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Penakulan Misteri:

1. Perlunya Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL) perincikan semula peluang menerima masuk pelajar non-Muslim untuk mengambil DSLP

2. Harapnya dengan mempelajari Islam dari kaca mata undang-undang Islam dapat membuka mata dan hati non-muslim untuk menerima Islam sebagai cara hidup..tapi masalahnya sekarang ini ramai practitioner hanya ada prinsip money oriented. Asal ada certificate of practice, silakan boleh practice dalam civil atau syariah.

3. Tercabar sudah mahkamah syariah? Maka perlu membuat pembaikan besar-besaran agar pengurusan menjadi lebih cekap dan efisyen.

4. Kemungkinan besar yang buruk, kredibiliti undang-undang di Malaysia bertambar tercalar! Kepercayaan masyarakat dengan sistem perundangan sudah runtuh bertaburan

5. Lahirkan peguam yang berprinsip Islam adalah suatu kemestian sekarang ini..wah!
mari kalian semua, kita bergabung!

Friday, April 2, 2010

Islam Cinta Keadilan

Islam cinta keadilan
tak akan takut akan rintangan
tegakkan keadilan tinggikan kebenaran
hanya Allah tujuan


Berjuang dengan harta dan jiwa
untuk tegak Islam nan jaya
tak pernah rasa rugi menapak jalan ini
syurga Allah menanti


Turut barisan kami
bersama membangun negeri
sambut seruan ini
raih kemenangan sejati


empowered by : Izzatul Islam

Sunday, March 22, 2009

Bebaskan KAMI!


Salam sejahtera dilimpahkan kepada semua para pembaca ruangan ini.

Sudah tak tertahan lagi melihatkan nasib negara di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak semakin huru hara. Kerana bimbang....banyak perkara....nasib rakyat bukan menjadi keutamaan lagi... pihak musuh yang sentiasa merancang kejatuhan negara kita sudah lama bersedia menyerang kita...mungkin bukan lagi secara sembunyi...sediakah kita ?

Negaraku yang tercinta sejak akhir-akhir ini sudah mahu karam. Disebabkan pemimpinnya sudah berpecah belah dengan hanya mahu memperjuangkan kepentingan sendiri dan kroni-kroninya, isu yang penting seperti menangani masalah ekonomi yang boleh menjerumuskan rakyat ke lembah kehinaan.


Apa sebenarnya perjuangan sebenar pemimpin negara sekarang ini? Apakah mahu mengajak semua rakyat menuju kemewahan material semata? atau menuju dunia tanpa sempadan sehinggakan sempadan agama pun boleh dilanggar hanya disebabkan slogan "Malaysia Boleh!" ? atau apa sebenarnya?


Pendedahan berani akhbar-akhbar di Malaysia tentang keadaan sebenar masyarakat kita adalah indikator bahawa gagalnya pemimipin kita sekarang memimpin negara. Berani sungguh ulasan ini. Ya. Memang ini adalah kenyataan yang tak dapat diselindung lagi.


Mungkin sebagai muhasabah kepada pemimpin yang berkuasa sekarang dan mungkin untuk pemimpin akan datang daripada seorang rakyat kerdil yang ada kepentingan dalam negara yang dicintai ini.


Hanya teringat cerita seorang tentera Islam biasa yang bukan Jeneral yang ditugaskan untuk berdiplomasi dengan pemimpin kerajaan Rom yang dikenali sebagai Rustum. Ini adalah salah satu adab berperang yang diamalkan oleh Islam sebelum menggempur musuh. Betapa cantiknya ajaran Islam sehingga berperang pun ada adabnya. Peristiwa ini berlaku ketika perang Qadisiah. Si tentera ini yang mahsyur dengan namanya, Ribi' bin 'Amir datang dengan menunggang kuda sambil membawa tombak di tangannya.


Beliau disambut dengan bentangan karpet mewah dan deretan tentera di kiri kanan yang bersiap sedia di hadapan khemah Rustum. Walau ini adalah serangan psikologi musuh untuk menjatuhkan keyakinan diri Ribi', namun keyakinan beliau tidak goyah walau sedikitpun. Maka masuklah Ribi' ke dalam khemah tanpa turun dari kuda tunggangannya. Apa lagi. Memuncak marahlah para tentera melihatkan 'kebiadaban' Ribi' di hadapan ketua mereka. Tetapi bagi Ribi', mereka yang menjemputnya datang maka Rustum membiarkan sahaja tindakannya. Sambil melilau mencari di manakah Rustum, Ribi' memacakkan tombaknya dalam menembusi satu bantal mewah dan mengikut tali kudanya di situ.

"Awakkah Rustum?" tanya Ribi' kepada salah seorang tentera yang sedang berdiri di situ. Padahal memang sudah diketahui Rustum ada di situ sambil berbaring-baring. Tiba-tiba Rustum bersuara, "Apakah yang kamu mahu daripada kami?" Ribi' menjawab dengan kata-kata yang sangat terkenal, "Kami datang ke sini untuk membebaskan kamu daripada perhambaan manusia kepada kehambaan Yang Maha Esa!". Sungguh tegas dan yakin ucapannya hingga Rustum dan tentera-tentera yang lain terlopong. Setelah Ribi' berlalu, Rustum dengan cemas bertanya kepada salah seorang tenteranya di situ; "Pernahkan kalian mendengar ucapan yang paling baik sepertinya sebelum ini?". Apa lagi. Jawabnya, "Belum pernah".


Kegusaran Rustum:
Jika inilah sikap tentera biasa pasukan Muslimin, bagaimanakah pula gerangannya dengan sikap sang ketua pula. Hush! Sungguh menakutkan!


Kejayaan kaum Muslimin:
Berjaya menakutkan musuh dengan hanya mempamerkan akhlaq yang solid.


Kegusaran penulis:
Kehancuran akhlaq masyarakat Islam lambang kepincangan akhlaq para pemimpinnya.
Maka tak hairanlah apa yang diperjuangkan negara adalah perkara yang tak sepatutnya...mana misi mereka? Apakah mahu memenjarakan rakyat dengan kemiskinan hati dan materi?? Fikir-fikirkan bersama..........


RINTIHAN RAKYAT:
- kami terseksa
- kami binasa
- kami tiada identiti
- kami kebingungan
- kami mahu hiburkan hati dengan hiburan
- kami tidak kisah lagi
- ....

Thursday, July 10, 2008

SATU UMMAH, SATU MATA WANG!

Saya sangat bersetuju dengan cadangan pemimpin yang gemar merendah diri seperti Presiden Iran untuk menggunakan satu mata wang sahaja sebagai wang pertukaran antara seluruh negara Islam di dunia. Penggunaan mata wang dinar yang dibuat daripada emas sangat sesuai kerana nilai emas tidak akan jatuh seperti jatuhnya nilai mata wang dunia yang bergantung kepada wang kertas.

Wang kertas yang kita gunakan setiap hari sebenarnya tidak bernilai langsung! kita sahaja yang meletakkan ia nilai yang diingini. Hmmmm. Kesannya, lihatlah dunia sekarang. Wang seringgit dahulu mampu membeli pelbagai barangan tetapi wang seringgit sekarang hanya laku untuk membeli gula-gula sahaja dan beberapa barangan yang kecil nilainya.
fikir-fikirkanlah . Jangan kita takut melakukan perubahan!

Orang Islam mesti bersatu membangunkan ummah !!

Rujukan; Iran Cadang Guna Satu Mata Wang
Utusan Malaysia bertarikh 9 Julai 2008.

Friday, December 28, 2007

Perginya seorang Benazir Bhuto

Hari ini, gempak satu dunia dengan kehilangan seorang tokoh politik Islam yang memperjuangkan demokrasi di nagara tercinta, Pakistan.

Puan Benazir Bhuto pergi dengan cara yang tragis seolah-olah mengikut jejak langkah bapanya suatu ketika dulu yang menjadi mangsa kekejaman politik Pakistan.

Perancangan keji apa lagi selepas ini?! Di mana keberanian pemimpin-pemimpin politik sekarang untuk bertanding secara sihat? Apa sudah dijangka kemenangan di pihak beliau sebagai pembangkang?

Sudah terang lagi bersuluh segala perancangan keji parti lawan seolah-olah bukti ketakutan mereka. Apa yang nak ditakutkan? Bukankah menjadi pemimpin adalah untuk menggalas amanah rakyat bukan sebagai kemegahan untuk berkuasa.

.........................................................................................................................................................................
Nampaknya pilihan raya umum Malaysia juga akan muncul sedikit masa lagi. Mari kita lihat bagaimana permainan politik di negara Islam ini berjalan. Adakah negara yang menjadi pengerusi OIC boleh menunjukkan cara terbaik lagi adil kepada dunia, terutamanya negara-negara Islam lain, tentang cara berpolitik yang mesti dicontohi.