peduli ummat

Showing posts with label peduli umat. Show all posts
Showing posts with label peduli umat. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

Wanita Komoditi Pertukaran!


Generasi baru yang ditunggu-tunggu.
Girlfriends 'exchanged' for drugs
Would you offer a night of passion with your girlfriend (or boyfriend) for drugs? Shockingly, some Malaysian youth in Kelantan did.

Bernama, a Malaysian news agency, reported that some Kelantanese teenagers exchanged sexual intercourse with their girlfriends for psychotropic pills (or 'pil kuda' in local lingo).

These activities have been blamed for the increase in sexual crimes in the northern Malaysian state.

State police deputy chief Senior Assistant Commissioner Mazlan Lazim explained that teenage addicts would make such offers to drug peddlers for their supply of pills.

"Such alarming activity also involved schoolboys aged between 14 and 16, who already had sex with their girlfriends," he said.


sumber:msn news

Assalamualaikum wbt

dari hari ke hari darjat wanita kembali seperti zaman jahiliyah dahulu..ia hanya akan diangkat darjatnya dengan Islam yang diamalkan..remaja makin hari makin rosak..lelaki dengan pengambilan dadah dan perempuan dengan hilangnya malu hingga membawa kepada jenayah dan dosa lain yang lebih besar

perhatikanlah isu ini terlebih dahulu di kalangan keluarga kita kerana Allah warning kita..jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada dimasukkan ke dalam api neraka...daripada dosa dan maksiat..sistem kekeluargaan yang semakin rapuh sekarang ini amat menakutkan kita..

semoga kita ambil pengajaran dan nasihat menasihati orang yang disekeliling kita disamping mendidik generasi baru Islam sebagai iron stock di masa depan. Bukankah keadaan sesebuah negara itu di masa akan datang dapat kita lihat daripada keadaan generasi mudanya sekarang? generasi muda harapan agama dan negara.

wallahualam

Tuesday, June 1, 2010

BREAKING NEWS!


Update perkembangan LL4Gaza..

20 terbunuh apabila Kapal Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel dari segenap penjuru. Usah ditanya apakah respon seluruh dunia. Seluruh dunia mengutuk kekejaman Israel laknatullah dengan demo dan sebagainya.

Pagi tadi lebih kurang seribu orang berdemo di sekitar Tabung Haji berarak ke Kedutaan AS untuk menyerahkan memorandum. Sila baca lebih lanjut di sini.
Daripada UIA sendiri, 2 bas telah membawa kami ke sana menyambut gelombang kebangkitan perjuangan ini. Demi menyatakan kemarahan dan melaungkan kebencian kami dengan tindakan kejam ke atas sukarelawan-sukarelawan Freedom Flotilla.

Khaibar! Khaibar! Ya Yahud!
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!
Allahu Akbar!

Biddam! Birruh!
We save Al Aqsa!

Lagu di bawah ini ku senandungkan buat sahabat-sahabat perjuangan supaya tidak lagi kita duduk menggoyangkan kaki melihat perjuangan saudara seIslam kita di Palestin dan juga seluruh dunia. Khususan ila sukarelawan Life Line 4 Gaza:

Kan melangkah kaki dengan pasti
menerobos segala onak duri
generasi baru yang telah dinanti
tak takut dicaci tak gentar mati

Walau gelombang terus menerjang
tuk tumbangkan segala kezoliman
dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
tak kan henti walau sejenak
cita kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga


Nantikan kebangkitan umat manusia seluruh dunia dengan semangat juang yang tinggi
La tahzan, innallaha ma'ana
I wanna b d next line 4 activist of LL4Gaza!

Monday, May 17, 2010

PGSM terkejut keputusan mahkamah


KUALA LUMPUR 15 Mei - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil semalam yang memberi kebenaran kepada seorang wanita bukan Islam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, Pgsm akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dipertahankan berikutan keputusan itu.

Pihaknya memandang serius perkara itu kerana mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan, hanya warganegara beragama Islam yang layak memohon dan menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

"Bertugas di Mahkamah Syariah memerlukan peguam berhujah dengan mengemukakan dalil al-Quran, hadis dan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu di kamar beliau selepas menolak bantahan awal MAIWP.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Ini adalah kes pertama di ibu negara apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam yang beragama Islam boleh bekerja sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Victoria yang memperoleh diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Penakulan Misteri:

1. Perlunya Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL) perincikan semula peluang menerima masuk pelajar non-Muslim untuk mengambil DSLP

2. Harapnya dengan mempelajari Islam dari kaca mata undang-undang Islam dapat membuka mata dan hati non-muslim untuk menerima Islam sebagai cara hidup..tapi masalahnya sekarang ini ramai practitioner hanya ada prinsip money oriented. Asal ada certificate of practice, silakan boleh practice dalam civil atau syariah.

3. Tercabar sudah mahkamah syariah? Maka perlu membuat pembaikan besar-besaran agar pengurusan menjadi lebih cekap dan efisyen.

4. Kemungkinan besar yang buruk, kredibiliti undang-undang di Malaysia bertambar tercalar! Kepercayaan masyarakat dengan sistem perundangan sudah runtuh bertaburan

5. Lahirkan peguam yang berprinsip Islam adalah suatu kemestian sekarang ini..wah!
mari kalian semua, kita bergabung!

Thursday, January 15, 2009

PALESTIN TERCINTA

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al Aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban demi Islam yang mulia
Untukmu Palestin yang tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Palestin yang mulia
Kami kan terus bersamamu
Untukmu Al Aqsa yang mulia

Ya Rabbi izinkanlah kami berjihad di Palestin Mu
Ya Allah masukkanlah kami sebagai syuhada’ Mu

Wednesday, January 7, 2009

Mama..Ummi..Mak..


Anak-anak kecil dan bayi

adalah hal yang membuat dunia menjadi begitu bersih dan udara menjadi sejuk untuk dihirup. Mereka memberi arti pada sosok ibu di rumah dan membuat langkah ayah menjadi tegap menuju tempat kerja. Tangisan, tawa, teriakan, dan celotehan mereka adalah anugerah yang tak ada bandingannya.

Dalam waktu sebelas hari, Israel dengan telengas sudah mengubah fitrah anak-anak Palestina di Jalur Gaza. Anak-anak dan bayi kehilangan makna, dan dilanda ketakutan amat sangat—itu karena, satu persatu, dalam jangka waktu yang demikian cepat, mereka kehilangan ayah dan ibunya. Lebih memilukan lagi, mereka pun kehilangan nafasnya yang terakhir.

Dalam sejarah peperangan, Islam tak pernah menorehkan catatan jika ada orang tua, perempuan dan anak-anak tersakiti setiap kali tentara Islam maju ke pertempuran. Israel tak mengenal itu. Anak-anak Palestina tetap menjadi sasaran rudal dan peluru mereka…

Ia yang pergi adalah tabungan kelak di akhirat. Tapi Yahudi Israel adalah penjahat kakap di dunia yang tak punya hati dan rasa.

Sebelum kafan menutupimu, wajahmu adalah semangat bagi kami.

Luka di pelipisnya dan hidungnya yang robek akan hilang sakitnya. Tapi ingatan terhadap biadabnya Yahudi akan terus ada sepanjang masa.

Dalam usianya yang masih sangat belia, ia telah menyaksikan begitu banyak darah, luka, kematian dan kehilangan.

Bocah ini kehilangan sebelah muka dan satu telinganya.

Ia sendirian di antara gedung yang akan roboh, sementara dentuman bom menakutkannya. Tak ada ayah atau ibu...

Dengan apa kami ceritakan semua yang kini terjadi pada bumi Palestina? Satu yang pasti, ini semua karena Yahudi durjana.

Para bocah Gaza yang selamat mengiringi prosesi kematian seorang adik kecil temannya.

Di tengah dentuman bom, di antara mesiu dan roket, kami tetap tersenyum untuk tetap terus mengibarkan Palestina dan membela Islam. Kami tak akan pernah menyerah!

..ambil daripada Eramuslim.com..

Sobahal Khaer Ya Biladi Palestin..


Wahai semua pejuang-pejuang HAMAS mahupun saudara-saudaraku di Palestin..bertahanlah..bersabarlah dengan kesabaran yang baik..jangan bersedih..kerana kalian mewakili kami di sini mempertahankan kesucian tanah suci Palestin. Sejarah telah membuktikan bahawa kalian memang cukup tegar untuk dihadapi dan dikalahkan walaupun segala sekatan dalam bentuk makanan, senjata dan bantuan lain disekat. Takutkan mereka kafir-kafir laknatullah ini dengan keimanan kalian. Kami sentiasa bersama kalian. Dengan izin Allah kebenaran tetap akan menang walau terpaksa ditebus dengan ruh dan darah tapi bukan dengan akidah. Ya! Teruskan berpegang dengan prinsip..hidup mulia mati syahid!La tahzan ma'akallah..

Friday, February 1, 2008

TANAH UMAT ISLAM DIRAMPAS


Oh Palestin..pedihnya hati ini
semakin hari engkau dirampas
mereka umpamakan engkau seperti
kek-kek yang dipotong untuk dimakan!

tapi tahun ini engkau bertambah parah
aduh!! di mana saudara kita boleh menumpang teduh
jika tidak di negara sendiri??