peduli ummat

Showing posts with label Superb Model. Show all posts
Showing posts with label Superb Model. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Untuk kalian para pemuda rabbani!


Kalian adalah pemuda harapan agama
Kalian adalah rantai-rantai perjuangan bangsa
Kerana kalian adalah pencorak masa depan ummat manusia
Kalian mengambil contoh pemuda muslim terdahulu
Mereka adalah pemuda-pemuda yang cemerlang
di zaman Rasulullah saw, mahupun sesudahnya
Mereka berlumba-lumba berkorban
Berlumba-lumba menyumbangkan jasa mengemban dakwah
Buktinya..
Jiwa mereka membara dengan kebenaran iman
Semangat mereka membuakkan keberanian
Jiwa dan harta mereka sumbangkan
Sehingga mereka mampu memimpin pasukan
Sehingga wilayah dunia dapat ditaklukkan
Kalian..perhatikan, Siapakah mereka itu?
Apakah kita kenal dengan mereka ini?
Mereka adalah sang penakluk
Musailamah bin Abdul Malik mampu menakluki China
Muhammad bin Qasim bin Muhammad menakluki India
Thariq bin Ziad pula penakluk Andalusia
Persoalannya, ada apa dengan pemuda?
Pemudalah yang mencipta sejarah kebangkitan
Kalianlah pemuda itu!
Kalian ada potensi besar melakukan perubahan
Keberanian kalian menggentarkan musuh
Keimanan kalian menjadi sebab pertolongan Allah
Maka corakkanlah generasi pemuda lainnya
Warnailah hati dan diri mereka dengan pendekatan Rabbani



aishahazlan
ADM LR5
UIA Gombak

Sunday, December 6, 2009

What's wrong with it?


Alhamdulillah kita masih dihidupkan oleh Allah taala dan mereguk segala nikmat Nya yang tak terhitung..terutamanya nikmat dipimpin Nya dengan hidayah supaya kita sentiasa sedar kenapa kita sebagai sesempurna makhluq dilahirkan di bumi ini. Semoga kita menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur.

Sejak kebelakangan ini negara kita tidak jemu-jemu digemparkan dengan kes-kes dan berita-berita yang boleh mengalirkan air mata, meresahkan jiwa serta menyesakkan dada. Sudah jadi apa dunia ini? Mahu jadi apa Malaysia ini?

Sebut sahaja kes apa! Ragut? Rogol? Rompak? Bunuh? Semua sudah menjadi rutin dilaporkan di dalam dada-dada akhbar tempatan. Sehinggakan rasa mahu muntah kadang-kadang tu!

Antara isu yang membuat diri ini terpanggil untuk mencoret sesuatu sebagai perkongsian bersama..tentang kepelikan dan keajaiban diri melihat telatah-telatah remaja perempuan sekarang. Sudah dijadikan sebagai seorang perempuan, masih belum mahu bersyukur, tapi mahu menjadi seorang lelaki. Cara berpakaian, cara potongan rambut serta gerak tubuh badan juga mahu menyerupai kaum lelaki. Pelikkan?!

Saya sendiri selalu mengingatkan diri tentang apa persepsi yang perlu ada ketika bertemu dengan seseorang dan ketika berhadapan dengan apa jua keadaan.

Sebenarnya setiap apa yang berlaku, ada sesuatu yang Allah taala mahu bagi kita atau ajar kita. Sesiapa yang kita pernah bertemu, ada sesuatu yang bermanfaat yang Allah mahu beri kita melalui orang yang kita temui itu.

Selalunya manusia jarang ingat dan jarang mahu bertanya kenapa dan mencari hikmah di sebalik sesuatu itu..termasuk jugalah diri sendiri.

Berbalik kepada isu tadi, seseorang manusia dijadikan sebagai lelaki atau perempuan, ada sebab dan manfaatnya buat diri sendiri. Sungguh! Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba Nya. Hanya saja kita hamba Nya kurang bersyukur..

Mungkin sebagai motivasi buat kaum hawa..sesungguhnya kalian adalah kaum yang istimewa..jadilah kalian seperti rama-rama yang disebut sahaja sudah digemari, melihat kalian pula menyejukkan mata. Bukan dengan kecantikan zahir yang ditonjolkan, tapi dengan peribadi yang unggul.

Kalian istimewa kerana..

1. Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh

2. Wanita yang taat kepada suaminya, maka akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka dia boleh memasuki dari mana-mana pun pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

3. Wanita yang taat kepada suaminya, maka semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

4. Aisyah r.a. berkata: Aku bertanya kepada Nabi, siapakah yang lebih besar haknya kepada isteri? Rasulullah menjawab: Suaminya. Ditanya lagi: Siapa yang berhak kepada suaminya? Nabi menjawab: Ibunya.

5. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di Bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga mana yang disukainya.

6. Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu dari suaminya selama 10,000 tahun.

7. Apabila seorang wanita mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan pula 1000 kejahatan.

8. Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Nya.

9. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah daripadanya dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

10. Apabila telah melahirkan anak lalu disusukan maka bagi ibu itu setiap satu daripada tegukan susunya diberi satu kebaikan.

11. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba sahaya.



wallahua'lam

Sunday, March 22, 2009

Bebaskan KAMI!


Salam sejahtera dilimpahkan kepada semua para pembaca ruangan ini.

Sudah tak tertahan lagi melihatkan nasib negara di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak semakin huru hara. Kerana bimbang....banyak perkara....nasib rakyat bukan menjadi keutamaan lagi... pihak musuh yang sentiasa merancang kejatuhan negara kita sudah lama bersedia menyerang kita...mungkin bukan lagi secara sembunyi...sediakah kita ?

Negaraku yang tercinta sejak akhir-akhir ini sudah mahu karam. Disebabkan pemimpinnya sudah berpecah belah dengan hanya mahu memperjuangkan kepentingan sendiri dan kroni-kroninya, isu yang penting seperti menangani masalah ekonomi yang boleh menjerumuskan rakyat ke lembah kehinaan.


Apa sebenarnya perjuangan sebenar pemimpin negara sekarang ini? Apakah mahu mengajak semua rakyat menuju kemewahan material semata? atau menuju dunia tanpa sempadan sehinggakan sempadan agama pun boleh dilanggar hanya disebabkan slogan "Malaysia Boleh!" ? atau apa sebenarnya?


Pendedahan berani akhbar-akhbar di Malaysia tentang keadaan sebenar masyarakat kita adalah indikator bahawa gagalnya pemimipin kita sekarang memimpin negara. Berani sungguh ulasan ini. Ya. Memang ini adalah kenyataan yang tak dapat diselindung lagi.


Mungkin sebagai muhasabah kepada pemimpin yang berkuasa sekarang dan mungkin untuk pemimpin akan datang daripada seorang rakyat kerdil yang ada kepentingan dalam negara yang dicintai ini.


Hanya teringat cerita seorang tentera Islam biasa yang bukan Jeneral yang ditugaskan untuk berdiplomasi dengan pemimpin kerajaan Rom yang dikenali sebagai Rustum. Ini adalah salah satu adab berperang yang diamalkan oleh Islam sebelum menggempur musuh. Betapa cantiknya ajaran Islam sehingga berperang pun ada adabnya. Peristiwa ini berlaku ketika perang Qadisiah. Si tentera ini yang mahsyur dengan namanya, Ribi' bin 'Amir datang dengan menunggang kuda sambil membawa tombak di tangannya.


Beliau disambut dengan bentangan karpet mewah dan deretan tentera di kiri kanan yang bersiap sedia di hadapan khemah Rustum. Walau ini adalah serangan psikologi musuh untuk menjatuhkan keyakinan diri Ribi', namun keyakinan beliau tidak goyah walau sedikitpun. Maka masuklah Ribi' ke dalam khemah tanpa turun dari kuda tunggangannya. Apa lagi. Memuncak marahlah para tentera melihatkan 'kebiadaban' Ribi' di hadapan ketua mereka. Tetapi bagi Ribi', mereka yang menjemputnya datang maka Rustum membiarkan sahaja tindakannya. Sambil melilau mencari di manakah Rustum, Ribi' memacakkan tombaknya dalam menembusi satu bantal mewah dan mengikut tali kudanya di situ.

"Awakkah Rustum?" tanya Ribi' kepada salah seorang tentera yang sedang berdiri di situ. Padahal memang sudah diketahui Rustum ada di situ sambil berbaring-baring. Tiba-tiba Rustum bersuara, "Apakah yang kamu mahu daripada kami?" Ribi' menjawab dengan kata-kata yang sangat terkenal, "Kami datang ke sini untuk membebaskan kamu daripada perhambaan manusia kepada kehambaan Yang Maha Esa!". Sungguh tegas dan yakin ucapannya hingga Rustum dan tentera-tentera yang lain terlopong. Setelah Ribi' berlalu, Rustum dengan cemas bertanya kepada salah seorang tenteranya di situ; "Pernahkan kalian mendengar ucapan yang paling baik sepertinya sebelum ini?". Apa lagi. Jawabnya, "Belum pernah".


Kegusaran Rustum:
Jika inilah sikap tentera biasa pasukan Muslimin, bagaimanakah pula gerangannya dengan sikap sang ketua pula. Hush! Sungguh menakutkan!


Kejayaan kaum Muslimin:
Berjaya menakutkan musuh dengan hanya mempamerkan akhlaq yang solid.


Kegusaran penulis:
Kehancuran akhlaq masyarakat Islam lambang kepincangan akhlaq para pemimpinnya.
Maka tak hairanlah apa yang diperjuangkan negara adalah perkara yang tak sepatutnya...mana misi mereka? Apakah mahu memenjarakan rakyat dengan kemiskinan hati dan materi?? Fikir-fikirkan bersama..........


RINTIHAN RAKYAT:
- kami terseksa
- kami binasa
- kami tiada identiti
- kami kebingungan
- kami mahu hiburkan hati dengan hiburan
- kami tidak kisah lagi
- ....

Sunday, January 18, 2009

"Lelaki pendek yang kurus dan berbetis kecil"


Beliau juga dikenali dengan jolokan "Kotak Hitam" Rasulullah kerana banyak menyimpan rahsia Rasulullah dan selalu bersama dengan baginda maka banyaklah hadith yang dapat direkod oleh beliau.

Hm. Siapakah peribadi unik ini? Beliau adalah Abdullah ibnu Mas'ud yang telah memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Anak-anak di Malaysia sendiri pada umur sebegini hanya mengenal Power Rangers, Power Puff Girls atau mungkin Tom Tom Bak. Tapi beliau sejak kecil sudah dibuka hikmah untuk menerima dan membezakan apa itu baik dan buruk.

Para sahabat pernah mentertawakan keadaan fizikal Abdullah ibnu Mas'ud kerana memiliki tubuh kecil yang pendek dan berbetis kecil. Rasulullah saw berkata: "Kalian mentertawakan betis Abdullah ibnu Mas'ud tetapi ketahuilah jika kedua-dua betisnya ditimbang, nescaya kedua-duanya lebih berat lagi timbangannya dibandingkan dengan Bukit Uhud"

Moral atau ibrahnya: Rupa paras seseorang bukanlah ukuran tetapi keadaan hati dan amalannya yang utama. Biarlah hensem, hodoh, gemuk, kurus, pendek, cantik, hitam mahupun putih rupa paras seseorang itu tidak penting. Apa yang menjadi ukuran dan membezakan diantara manusia di sisi Allah adalah ketaqwaan seseorang.

Jika setiap pagi menjadi kemestian kita mencuci muka dan membelek-belek muka di hadapan cermin sambil tersenyum-senyum kemudian cuba mengubah-ubah memek muka supaya muka kita sentiasa berkeadaan cantik dan bersih dari segala jenis 'pelesit' yang dipanggil jerawat, jeragat dan 'sun burn',bagaimana pula keadaan hati kita?

Muka perlu cantik sentiasa kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan manusia. Tapi hati lagi mesti dijernihkan kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Ya. Allah Maha Adil dan Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia tidak memandang keadaan fizikal seseorang. Jika tidak sudah tentu yang layak masuk ke syurga hanyalah calon-calon Miss World dan seangkatan dengannya.

Apabila Allah sudah sayangkan kita, Dia akan mengkhabarkannya kepada semua malaikat dan seluruh penduduk langit dan bumi untuk mencintai si polan/polanah ini..
Cintailah diri ini o Allah...

Monday, January 28, 2008

Bonda kita..Khadijah bt Khuwailid

Khadijah sering mendapat pujian daripada Rasulullah kerana beliau dianggap lebih utama berbanding dengan isteri-isteri nabi yang lain. Seringkali pujian sedemikian dicemburui oleh Aisyah, isteri nabi yang paling muda. Nabi sering menyebut nama Khadijah walaupun ketika itu beliau sudah lama meninggal dunia. Aisyah berkata, “ Aku tak pernah mencemburui mana-mana wanita sepertimana aku mencemburui Khadijah, kerana Rasulullah selalu sangat menyebut tentangnya.”

Khadijah merupakan pendamping yang sangat baik buat nabi. Dia rela mengobankan keseluruhan hartanya untuk membiayai perjuangan hidup Rasulullah. Setiap kali suaminya diselubungi kesedihan dan tentangan keras daripada orang kafir Quraisy, dialah tempat nabi mendapat semula motivasi diri. Suatu hari Khadijah berkata, “ Wahai ayah kepada Qasim, sesungguhnya Allah telah melengkapkan dirimu dengan akhlak yang mulia. Maka Allah tidak akan sekali-kali merendahkan dirimu dan membiarkan hati bersihmu itu menjadi sedih. Engkau memiliki watak yang sempurna, peribadi yang indah, sifat-sifat yang terpuji, perangai yang baik, dan kemuliaan yang luhur. Semua itu melayakkan engkau beroleh kehormatan, kebaikan dan kemenangan yang diinginkan. Engkau mampu mengajak orang lain ke arah kebaikan sehingga nanti namamu akan harum sepanjang zaman. Selama-lamanya engkau akan dihormati kerana memiliki karakter yang disukai oleh semua orang.”
Begitulah cara Khadijah memberikan suntikan semangat kepada suaminya yang tercinta. Segala kata-kata yang manis dan sedap didengar dilontarkan dengan penuh kasih sayang. Motivasi memang sangat diperlukan dalam setiap kehidupan manusia.

Thursday, July 5, 2007

.....naga...

Wanita bertubuh ala ala militari ini membesar dengan didikan Islam yang mantap di bumi Mesir.

Kisah Satu :
Antara seksaan yang masih saya ingat, beliau pernah dipenjarakan di dalam jail serta dilepaskan beberapa ekor anjing lapar. Sudahlah lapar..garang mula..meleleh air liur ke tanah..kasihan... Dalam pada itu, anjing-anjing tersebut tidak pula menerkam 'si naga' ini.
Allah memberikan pertolongan Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia suka.

"Ajaib sungguh ! Ini tak boleh jadi ni! Zainab Al Ghazali tidak diterkam anjing lapar itu."
Kata seorang pengawal penjara kepada rakannya sambil tercengang-cengang.

Kisah Dua :
Beliau diikat dan digantung ditengah-tengah penjara khas yang dipenuhi air kotor. Lebih menjijikkan lagi, tentera-tentera tikus berkeliaran dan berenang-renang di permukaan air.
Sekali lagi Allah tidak membenarkan tikus-tikus tersebut menggigit mana-mana bahagian badan 'si naga' yang sudah pengsan setelah dibiarkan dalam keadaan tersebut sekian lama.
Dek kerana terlalu lapar, Zainab terpengsan dan tertidur untuk seketika.

"Wah! Alhamdulillah! nampaknya di sana berkumpulnya para sahabat bersama-sama dengan junjungan besar Nabi Muhammad sedang menjamu selere dengan buah-buahan yang lazat.."
sambil berjalan menghala ke arah mereka di padang pasir tersebut, Zainab dipanggil oleh Rasulullah untuk menyertai mereka menikmati rezeki kurniaan Allah..

Setelah kenyang, tidak semene-mena, 'si naga' tadi terjaga dari pengsan dan tidurnya yang lena.
Memang tidak dapat dibayangkan kebesaran Allah yang Maha Memberi Rezeki! Alhamdulillah perut Zainab memang sudah kenyang dijamu oleh Rasulullah...
Bersyukur tak terhingga 'si naga' kepada Tuhannya kerana dipertemukan dengan Rasulullah yang tercinta...

cerita-cerita ini saya baca daripada buku beliau sendiri 3 tahun yang lepas..diberi tajuk
"Hari-Hari Dalam Hidupku". Memang sangat memberi kesan dalam jiwa saya. Tetapi buku tersebut sangat sukar didapati kerana sudah tidak ada lagi di pasaran.

Thursday, June 28, 2007

Zainab Al Ghazali

Assalamualaikum kawan-kawan semua.
Maaf..sudah lama tak posting.
Semoga kita semua sentiasa mendapat lindungan Allah di dunia dan di akhirat.

Baru-baru ni, saya ada membaca buku tulisan Zainab Al Ghazali.
Buku beliau telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan diterbitkan oleh JAKIM.
Tajuknya ialah Nasihat Untuk Wanita. Buku ni saya ternampak di PWTC, Pesta Buku yang lalu.
Sejujurnya, tajuk buku tersebut bukan menjadi tarikan saya menyelak isi-isi di dalamnya...tapi yang mnejadi tarikan kuatnya ialah nama penulis tersebut.

Lontaran idea yang dikemukan memang agak umum tetapi semuanya asas pengetahuan penting bagi semua muslimah di dunia. Kesimpulannya sangat ringkas dan menarik. Bagi ibu bapa atau suami yang sedang mencari bahan bacaan untuk anak perempuan atau isteri, bolehlah mendapatkan buku tersebut.

Saya berminat berkongsi cerita dengan kawan-kawan tentang peribadi beliah serba ringkas.
Bagi saya, Zainab Al Ghazali merupakan 'superb model' zaman moden. Menjadi sasaran penyeksaan tahap lelaki sudah menjadi lumrah hidup beliau. Ketika itu, pemerintah Mesir, Jamal Abdul Nasir memang sangat gerun akan ketuntasan beliau menggerakkan sebuah pertubuhan Islam yang terkenal di dunia ...hingga sekarang. Dengan memiliki kuasa kerajaan, pemerintah Mesir tersebut cuba menghancurkan gerakan ini dengan menangkap dan menyeksa ketua sayap kiri perjuangan mereka...biarlah saya gelarkan Zainab Al Ghazali sebagai 'naga'.


bersambung..

Monday, March 5, 2007

..Ummu Sulaim bt Milhan..

Beliau merupakan salah seorang sahabiah yang tersohor ketika zaman Rasulullah. Antara mereka wujud pertalian darah di sebelah bapa Rasulullah kerana itulah Ummu Sulaim adalah mak saudara baginda. Ummu Sulaim memiliki seorang lagi adik-beradiknya yang turut tersohor ketika zaman tersebut. Beliau adalah Ummu Haram.

Ha..mari kita tinjau peribadi pilihan ini dulu. Terdapat kisah pengajaran yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah Islam tentang ketegasan Ummu Sulaim. Ianya tentang lamaran Abu Thalhah Al Ansari yang bermaharkan Islam...

Abu Thalhah seorang jejaka kacak lagi berperibadi baik dan ingin meminang Ummu Sulaim untuk dijadikan teman hidupnya. " Aku tak akan menerimamu sebagai suamiku sehinggalah engkau memeluk Islam," kata Ummu Sulaim suatu hari.

Maka pergilah Abu Thalhah bertemu dangan nabi untuk memeluk Islam. Lalu Rasulullah meminta anak Ummu Haram (anak saudara Ummu Sulaim) mengahwinkan mereka dan hanya Islam sebagai mahar buat Ummu Sulaim.