Assalamualaikum wbt
Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan Allah dan petunjuk Nya sepanjang masa di mana jua kita berada.
Kali ini suka saya sentuh isu tentang kefahaman kita tentang konsep kejayaan. Semua pelajar universiti tidak terlepas dalam berlumba-lumba mengejar kejayaan dalam bidang masing-masing. 'Dean List' menjadi sasaran kejayaan mereka. Tapi bila direnung kembali sistem pembelajaran kita di Malaysia yang bersistemkan 'exam oriented', kejayaan tersenarai dalam 'dean list' bukanlah penentu sebenar kejayaan seseorang jika peribadinya belum lagi dicalonkan dalam 'deen list'. Kita pernah digemparkan dengan kisah tragis lagi menakutkan apabila seorang rakyat Malaysia yang dahulunya kita bangga-banggakan kerana dalam usia yang muda sudah mampu melayakkan diri dalam universiti yang berprestij di dunia. Alih-alih, beliau terlibat dengan aktiviti pelacurang bertaraf VIP. Hm. Fikir-fikirkanlah wahai sahabat semua. Jangan sombong dengan pencapaian dunia yang dikhuatiri tidak membawa nilai di sisi Allah jika segala nikmat pemberian Nya tidak disyukuri.
Ibrahnya: kejar dua-dua sekali jika mampu. Tapi jika pilihan terpaksa dibuat, sahabat semua sudah tahu jawapannya yang mana satu menjadi prioriti. =)
No comments:
Post a Comment