peduli ummat

Monday, August 25, 2008

kami merinduimu Ramadhan..


Ramadhan kareem..marhaban Ya Ramadhan
Ya..lagi beberapahari lagi Sya'ban akan berakhir dan tibalah pula tetamu agung kita yang sangat dirindui dan sangat dinantikan..


"hmmm..cepat.cepat.cepat. tetamu dah nak sampai ni..alamak! tak siap sedia lagi nak terima tetamu agung ni. tak nak lah terlepas ambil segala peluang kebaikan daripada tetamu ni.."

ha..kawan-kawan..mari semua kita menyambut Ramadhan dengan persediaan yang cukup kerana ia datang hanya sekali setahun. semua sudut mesti disiap sediakan. tak kiralah tubuh badan, material, hati rohani dan juga mental.

bagaimana ya kawan-kawan nak buat persediaan tu???
tubuh badan : banyakkan puasa sunat di Bulan Sya'ban, tidak mengambil makanan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti terlalu pedas, masam dan tinggi kandungan kimianya.

material : di Bulan Ramadhan, Allah menggandakan semua amalan kebaikan yang kita buat dengan pahala yang berlipat kali ganda (sekiranya kita dapat melihat ganjaran pahala ini, sudah tentu setiap masa dalam sehari-harian akan dipenuhi dengan amalan kebaikan semata dan setiap sendi anggota badan kita akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya tanpa terkecuali) jadi perbanyakkan sedeqah sejak awal lagi sebagai contoh, belikan kurma dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada kawan-kawan yang lain..sangat praktikal jika dibungkus beberapa biji dalam plastik kecil..hmm ada lagi ni. pakaian atau apa jua persiapa raya termasuk menukar langsir dan membuat kuih muih atau baju sekali pun, perlu disiapkan sebelum Ramadhan tiba lagi. kenapa ya? ini sangat penting supaya setiap detik di bulan Ramadhan kita dapat fokuskan untuk ibadah dengan bersungguh-sungguh (jangan lupa bayangkan pahala jika dapat dilihat, sudah pasti kita tak sanggup membazirkan masa kita dengan aktiviti dunia yang lain dan akan melakukan kebaikan walau dalam keadaan merangkak ^_^ )

rohani : persiapan ini paling penting berbanding yang lain kerana kita semua tahu bahawa Allah membuka seluas-luasnya semua pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya semua pintu neraka sebagai bukti cinta-Nya kepada kita sebagai hamba yang bukan sesiapa pun. jadi apa ditunggu lagi! sudahlah semua syaitan durjana diikat dan yang tinggal dengan kita hanya nafsu yang dapat dididik dengan puasa yang benar-benar (masih ingat lagi cerita bagaimana makhluq yang bernama nafsu dapat ditundukkan?). wah! wah! kawan-kawan, mari rebut durian runtuh ini dengan perbanyakkan ibadat sunat apatah lagi yang wajib. tapi masalahnya sekarang, kita sangat mudah penat dan tak termotivasi jika semua ibadah yang dilakukan tanpa penghadiran hati yang suci. maka persediaan rohani yang dapat melembutkan hati TERSANGAT PENTING supaya madrasah Ramadhan tidak dilalui dengan jiwa yang kosong dan kering kontang. hmmm. sebagai perkongsian, kita boleh perbanyakkan zikir, istighfar dan selawat dengan meletakkan target untuk setiap hari. tapi perlu dipastikan semua target dipenuhi ya. mengulang semula hafalan Quran yang terlupa, banyakkan membaca Al Quran juga menghayati maksudnya, solat sunat dipertingkatkan kehadiran hati denagn menjadi makmum di belakang imam dengan perasaan yang sangat takut, seolah-olah sedang berhadapan dengan Allah di Padang Mahsyar sambil menunggu giliran diperhitungkan segala amalan di dunia, juga belajar menangis ketika mendengar bacaan imam untuk melembutkan hati yang mudah mati dan hitam kerana banyaknya maksiat yang kita lakukan..

minda : banyakkan membaca kisah-kisah para sahabat untuk memberi motivasi apatah lagi cerita perang yang mereka hadapi ketika Ramadhan..nah! sekaranglah masanya kita mengumpul ilmu tentang puasa kerana kita orang Islam adalah orang yang mulia dan tidak melakukan sesuatu ibadah itu tanpa ilmu..

Alhamdulillah..
cukup dahulu setakat ini..
sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama
denag izin Nya..kita akan bersua lagi
kepada kawan-kawan yang mahu berkongsi tips-tips, dipersilakan =)

No comments:

Post a Comment