peduli ummat

Tuesday, December 23, 2008

Man..Man Power!

Man Power?
lebih tepat lagi adalah lelaki dambaan wanita
yang dirindui oleh seluruh umat manusia
di mana boleh kucari pemuda sebegini?
seluruh penghuni syurga juga turut menanti
untuk dilayan bagaikan raja yang berkuasa..

Siapakah golongan ini?
masih tersisa lagikah mereka di dunia tanpa sempadan
yang penuh dengan bermacam tirani tanpa belas
sudah lama kami rindukan kalian!
keluar dan tonjolkanlah diri
dengan peribadi yang boleh mengubah haluan dunia
bukan senarai dosa yang semakin menggemuk
kami dambakan kebangkitan umat

ayuh semua!
kitalah golongan ini
jangan diharapkan orang lain
kerana kejayaan bermula daripada diri sendiri
sejarah telah membuktikan
kebangkitan umat bermula daripada
golongan pemuda yang berjuang
biar badai datang menghempas
biar onak duri terbentang luas
biar api datang menyambar
namun langkah mesti diteruskan
membina diri dan peribadi
walau air mata tetap mengalir
walau peluh terus merenik
walau darah yang dituntut
walau jasad tergadai
demi hidup mulia di dunia
atau mati syahid mengejar syurga

inilah yang dinamakan pengorbanan
ia adalah bukti kesungguhan
yang ingin melihat Islam tertegak di dunia
membawa umat menuju kebahagiaan
Takbir! Allahu akbar!

No comments:

Post a Comment