peduli ummat

Sunday, December 6, 2009

What's wrong with it?


Alhamdulillah kita masih dihidupkan oleh Allah taala dan mereguk segala nikmat Nya yang tak terhitung..terutamanya nikmat dipimpin Nya dengan hidayah supaya kita sentiasa sedar kenapa kita sebagai sesempurna makhluq dilahirkan di bumi ini. Semoga kita menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur.

Sejak kebelakangan ini negara kita tidak jemu-jemu digemparkan dengan kes-kes dan berita-berita yang boleh mengalirkan air mata, meresahkan jiwa serta menyesakkan dada. Sudah jadi apa dunia ini? Mahu jadi apa Malaysia ini?

Sebut sahaja kes apa! Ragut? Rogol? Rompak? Bunuh? Semua sudah menjadi rutin dilaporkan di dalam dada-dada akhbar tempatan. Sehinggakan rasa mahu muntah kadang-kadang tu!

Antara isu yang membuat diri ini terpanggil untuk mencoret sesuatu sebagai perkongsian bersama..tentang kepelikan dan keajaiban diri melihat telatah-telatah remaja perempuan sekarang. Sudah dijadikan sebagai seorang perempuan, masih belum mahu bersyukur, tapi mahu menjadi seorang lelaki. Cara berpakaian, cara potongan rambut serta gerak tubuh badan juga mahu menyerupai kaum lelaki. Pelikkan?!

Saya sendiri selalu mengingatkan diri tentang apa persepsi yang perlu ada ketika bertemu dengan seseorang dan ketika berhadapan dengan apa jua keadaan.

Sebenarnya setiap apa yang berlaku, ada sesuatu yang Allah taala mahu bagi kita atau ajar kita. Sesiapa yang kita pernah bertemu, ada sesuatu yang bermanfaat yang Allah mahu beri kita melalui orang yang kita temui itu.

Selalunya manusia jarang ingat dan jarang mahu bertanya kenapa dan mencari hikmah di sebalik sesuatu itu..termasuk jugalah diri sendiri.

Berbalik kepada isu tadi, seseorang manusia dijadikan sebagai lelaki atau perempuan, ada sebab dan manfaatnya buat diri sendiri. Sungguh! Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba Nya. Hanya saja kita hamba Nya kurang bersyukur..

Mungkin sebagai motivasi buat kaum hawa..sesungguhnya kalian adalah kaum yang istimewa..jadilah kalian seperti rama-rama yang disebut sahaja sudah digemari, melihat kalian pula menyejukkan mata. Bukan dengan kecantikan zahir yang ditonjolkan, tapi dengan peribadi yang unggul.

Kalian istimewa kerana..

1. Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh

2. Wanita yang taat kepada suaminya, maka akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka dia boleh memasuki dari mana-mana pun pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

3. Wanita yang taat kepada suaminya, maka semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

4. Aisyah r.a. berkata: Aku bertanya kepada Nabi, siapakah yang lebih besar haknya kepada isteri? Rasulullah menjawab: Suaminya. Ditanya lagi: Siapa yang berhak kepada suaminya? Nabi menjawab: Ibunya.

5. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di Bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga mana yang disukainya.

6. Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu dari suaminya selama 10,000 tahun.

7. Apabila seorang wanita mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan pula 1000 kejahatan.

8. Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Nya.

9. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah daripadanya dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

10. Apabila telah melahirkan anak lalu disusukan maka bagi ibu itu setiap satu daripada tegukan susunya diberi satu kebaikan.

11. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba sahaya.



wallahua'lam

No comments:

Post a Comment