Jarang benar aku dapat kesempatan solat jumaat berjemaah..hanya berkesempatan jika ada urusan berhampiran dengan masjid UIA.
Teruja mendengar khutbah yang disampaikan Syeikh arab yang tidakku tahu namanya. Sungguh! Khutbah yang disampaikan tadi walaupun dalam Bahasa Arab, aku dapat rasakan kelazatan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..sehingga terniat dalam hatiku untuk merakam semua khutbah yang akan datang..
Ya, benarlah bahawa jika seseorang yang ada padanya "quwatut taksir" atau kekuatan keberkesanan dalam berbicara, orang yang mendengarnya akan terkesan hingga ke lubuk hati. Siapa saja boleh memiliki keistimewaan ini. Tapi tidak semua. Hanya saja mereka yang mengamalkan apa yang mereka katakan. Ia adalah ciri-ciri du'at yang berkualiti.
Khutbah di Malaysia
Selama ini jika berada di rumah, memang selalu aku dengar khutbah sambil memasak di dapur atau sambil menunggu abah dan adik-adik lelaki yang lain pulang untuk makan bersama.
Terus terang kukatakan..susah juga aku merasakan kelazatan mendengar khutbah-khutbah di Masjid Negara atau di mana sahaja. Mungkin diriku sendiri yang bermasalah..
Tapi aku lebih suka mendengar khutbah yang bukan dibaca daripada teks yang disediakan kerajaan atau pihak berkuasa mana-mana. Penyampainya bagiku sangat penting berperanan menyampaikan khutbah dengan berkesan! Alhamdulillah dapat dengar khutbah di UIA. Bak dialog sebuah iklan, "lain dari yang lain!"
Ibrah Maal Hijrah
Apa yang mahu aku kongsikan bersama tentang isi khutbah tadi adalah tentang hikmah Maal Hijrah yang jatuh pada hari ni, hari Jumaat bersamaan dengan tahun 1431 H.
Mari bersama kita panjatkan rasa syukur tak terhingga kerana di sebalik kisah sejarah hijrah Nabi saw dan para sahabat 1431 tahun yang lalu, kita pada hari ini dapat merasai nikmat Islam yang penuh dengan kasih sayang dan sebagai panduan umat akhir zaman dalam menapaki hidup yang penuh dengan ranjau kehidupan.
Setelah selesai solat Jumaat, aku menjenguk ke bawah melihat sekilas apa yang dibuat jemaah lelaki setelah selesai solat. Lantas aku tersenyum lebar..
Aku tersenyum bukan kerana ramainya jejaka kacak di bawah. Bukan juga kerana ada yang membuat lucu yang mengundang senyumku. Apatah lagi bukan kerana membalas senyuman sesiapa dari bawah.
Tapi aku tersenyum kerana melihatkan banyak kumpulan-kumpulan kecil terbentuk menjadi usrah atau halaqoh. Aku juga tersenyum melihatkan betapa ramai manusia yang sedang menjalin hubungan silatur rahim. Telah nampak jelas di wajah-wajah mereka yang ceria bertanya khabar dan bersalaman serta berkongsi cerita. Sinar mata mereka jelas membayangkan kegembiraan bertemu dengan sahabat-sahabat lain. Nah! Situasi yang sama juga berlaku di kalangan para wanita.
Gambaran Syurga
Kurasakan betapa indahnya ukhuwah islam ini..walau sebenarnya tidak kenal antara satu sama lain, masing-masing apabila bertemu mahu mendahului salam dengan wajah yang manis, masing-masing cuba menyorokkan muka keletihan walau penat sehari bekerja.
Ku gambarkan jika berada di dalam syurga nanti..apabila golongan kanan dimasukkan ke dalam syurga, masing-masing mahu berkunjung antara satu sama lain..menziarahi keluarga,sahabat handai, kaum-kaum yang terdahulu, para anbiya' dan orang yang beriman..
Lalu akan terlontarlah pertanyaan ini, "aku seperti pernah bertemu denganmu, apakah kita pernah bertemu sebelum ini?" Jawab pula yang lain, "ya benar, ingatkah lagi kita pernah bertemu ketika di dunia..kita bertemu di masjid UIA."
Alangkah indahnya ketika saat itu nanti..
Insyaallah detik itu akan tiba.
Sedikit vs Banyak
Khutbah tadi ada menyentuh tentang kualiti kaum muslimin sewaktu zaman Rasulullah yang lalu.
Allah taala khabarkan kepada kita bahawa, kaum muslimin waktu itu sangat kuat iman mereka sehinggakan bilangan yang sedikit dalam perang bukan menjadi masalah. Bahkan mereka tidak punya senjata yang banyak dan moden pun. Contohnya memang tak logik dek akal manusia 313 orang Islam dapat mengalahkan 1000 orang kafir dalam Perang Badar. Tapi itu yang berlaku dulu. Itu dulu. Sekarang?
Sejarah telah menyaksikan bahwa pertempuran antara kaum muslimin dengan musuh-musuh Islam bukan pertempuran fizikal semata kata temanku suatu ketika. Tapi ia adalah peperangan antara ruh dan jasad. Ya. Aku setuju itu.
Kerana Kalam Allah bermaksud:
"Wahai Nabi (Muhammad)Kobarkanlah semangat orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir.."
(QS 8:65)
Realiti Sekarang
Zaman yang serba mencabar iman ini, kadang-kadang membuat hati sayu, takut, marah, geram dan apa entah lagi perasaan yang bercampur baur. Semuanya gara-gara bejatan sosial yang tak tertanggung lagi. Sebut sahaja jenayah atau masalah sosial dalam masyarakat sekarang.
Rogol? Bunuh? Gay? Lesbian? Bapuk? Penkid? Membida dara di internet? Kilang jual bayi? Gadis 'top-up'? Herk! Rasa nak termuntah kadang-kadang! Banyak lagi masalahnya..Tapi bila ditenang-tenang, orang Islam pun tak terlepas daripada masalah tadi. Mungkin majoriti. God knows!
Bagaimana umat Islam hari ini mahu bangkit? Jika keseronokan dan hiburan yang melampau yang menjadi topik perbualan dan 'core business' dalam sehari harian?. Terdengar komen sinis, "enjoyla! hidup sekali je!"
Sebab hidup sekalilah kena beringat-ingat.. Kerana nanti kita akan mati dan segala perbuatan akan dihisab..
Dikesempatan ini, mari bersama kita menghayati sirah nabi dengan melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan kita semua. Kuatkan keimanan dengan azam yang baru agar Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.
amin..
"Back to the root"
aishah azlan
No comments:
Post a Comment