peduli ummat

Sunday, May 31, 2009

Lembaran Rahsia Ilahi


disebalik kerahsiaan Tuhan..tersembunyi kasih sayang Nya yang melimpah..maka dihulur tali penghubung kasih, dengan doa sebagai pengantar..janji Nya pada sang hamba; "Apabila mereka bertanya tentang Aku, khabarkanlah kepada mereka bahawa Aku dekat, Aku pasti menjawab doa mereka jika mereka meminta." Maka mintalah apa sahaja yang diingini supaya ketenangan menjadi tetamu hati yang gusar.. dan kekecewaan menjauh pergi. Ku berdoa saban waktu agar diberi petunjuk dalam segala tindakan dan keputusan kerana tidak diketahui apa jua yang terbaik buat diri..semuanya sudah termaktub di dalam Luh Mahfuz.


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku meminta Engkau pilihkan yang baik dalam pengetahuan Mu, dan aku minta kemurahan Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui. Wahai Tuhanku, jika sudah memang Engkau ketahui bahawa (perkara yang mahu dikerjakan) ini baik bagiku untuk agamaku dan penghidupanku serta hari penghabisanku, maka berikanlah dia kepadaku dan mudahkanlah (urusannya) bagiku dan berkatilah dia bagiku. Tetapi jika sudah memang Engkau ketahui bahawa perkara ini tidak baik bagiku untuk agamaku, penghidupanku dan untuk hari penghabisanku, jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta berikanlah kebaikan itu walau di manapun dia dan jadikanlah aku orang yang menerima dengan suka akan pemberian itu."



amin..

2 comments: