
Dikala dunia perfileman menghamburkan lambakan filem yang bermcam-macam dan ada tarikannya tersendiri..agak sukar mencari filem yang ada moral value yang baik. Banyak yang diselitkan propaganda-propaganda negatif. Tidak kurang juga yang bertujuan menghina Islam! Ini yang sangat menyakitkan hati bagi yang sensitif dengan mesej yang mahu disampaikan oleh pengarah filem. Tidak kira samada ianya kebetulan ataupun disengajakan. Lihat sahaja seperti filem "Fitna" dan "Evan Almighty". Kreativiti penulis skrip dan pengarah filem tak sepatutnya menyentuh sensitiviti agama lain. Apatah lagi agama suci kita Islam. Jangan dikejutkan naga yang sedang tidur. Kerana jika naga terjaga, orang yang meminati naga hingga mengumpulkan apa jua barang yang melibatkan naga sekalipun pengsan bila naga muncul di depan mata.
Tapi Alhamdulillah sekarang sedikit demi sedikit cerita-cerita Islami muncul mengambil tempat dalam dunia perfileman. Baru-baru ini saya terjumpa promosi filem "Ketika Cinta Bertasbih". Mari sama-sama kita tonton dan bedah filem ini mencari moral value.
Mengapa kita perlu sensitif jika ada filem yang menghina Islam? Pernah diceritakan tentang dialog seorang ulama' terulung dengan seorang tentera kafir. Jika tak silap beliau adalah Abdul Qadir Jailani. Wallahua'lam. Ceritanya begini..
Satu hari askar ini tertanya-tanya mengapa orang Islam sangat alergi dan tak mahu menjamah daging khinzir. Lalu persoalan ini disampaikannya terus kepada di ulama tadi.
Maka disuruhnya askar tadi menyediakan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina lalu diletakkan ketiga-tiga ekor ayam tadi ke dalam sebuah sangkar. Belum apa-apa lagi, 2 ekor ayam jantan tadi sudah mula berlaga. Ingin merebut hati si ayam betina tadi. ok. Bagus responnya. Positif.
Sekarang, cuba letakkan pula 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina dalam satu kandang. Hmmm. Sampai ke sudah tak terlihat apa respon yang diharapkan. Sudah. Jangan diharap apa yang tak akan berlaku. En? Mengapa binatang-binatang ini tak bergaduh sesama mereka untuk mendapatkan si betina tadi. Terdetik persoalan tadi di dalam benak si askar. Apa takde rasa cemburu di dalam hati mereka? Pelik. Hish. Lagi musykil.
Ulama tadi mengulas pula apa yang berlaku..itu sebab kami orang Islam dilarang memakan daging khinzir kerana mereka tidak ada langsung sifat cemburu di dalam hati. Maka kami tak dapat duduk diam jika agama Islam ditindas dan dipandang hina. Kami sangat cemburukan Islam dipijak-pijak oleh orang lain. Analoginya sangat mudah. Jika kita sangat cintakan isteri atau suami kita, sudah tentu kita sangat cemburukan mereka jika orang lain selain daripada pasangannya menjadi perhatian mereka. Betul kan.
p/s: Ilustrasi cerita di atas adalah adaptasi penulis sendiri.
No comments:
Post a Comment