peduli ummat

Sunday, March 22, 2009

Bebaskan KAMI!


Salam sejahtera dilimpahkan kepada semua para pembaca ruangan ini.

Sudah tak tertahan lagi melihatkan nasib negara di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak semakin huru hara. Kerana bimbang....banyak perkara....nasib rakyat bukan menjadi keutamaan lagi... pihak musuh yang sentiasa merancang kejatuhan negara kita sudah lama bersedia menyerang kita...mungkin bukan lagi secara sembunyi...sediakah kita ?

Negaraku yang tercinta sejak akhir-akhir ini sudah mahu karam. Disebabkan pemimpinnya sudah berpecah belah dengan hanya mahu memperjuangkan kepentingan sendiri dan kroni-kroninya, isu yang penting seperti menangani masalah ekonomi yang boleh menjerumuskan rakyat ke lembah kehinaan.


Apa sebenarnya perjuangan sebenar pemimpin negara sekarang ini? Apakah mahu mengajak semua rakyat menuju kemewahan material semata? atau menuju dunia tanpa sempadan sehinggakan sempadan agama pun boleh dilanggar hanya disebabkan slogan "Malaysia Boleh!" ? atau apa sebenarnya?


Pendedahan berani akhbar-akhbar di Malaysia tentang keadaan sebenar masyarakat kita adalah indikator bahawa gagalnya pemimipin kita sekarang memimpin negara. Berani sungguh ulasan ini. Ya. Memang ini adalah kenyataan yang tak dapat diselindung lagi.


Mungkin sebagai muhasabah kepada pemimpin yang berkuasa sekarang dan mungkin untuk pemimpin akan datang daripada seorang rakyat kerdil yang ada kepentingan dalam negara yang dicintai ini.


Hanya teringat cerita seorang tentera Islam biasa yang bukan Jeneral yang ditugaskan untuk berdiplomasi dengan pemimpin kerajaan Rom yang dikenali sebagai Rustum. Ini adalah salah satu adab berperang yang diamalkan oleh Islam sebelum menggempur musuh. Betapa cantiknya ajaran Islam sehingga berperang pun ada adabnya. Peristiwa ini berlaku ketika perang Qadisiah. Si tentera ini yang mahsyur dengan namanya, Ribi' bin 'Amir datang dengan menunggang kuda sambil membawa tombak di tangannya.


Beliau disambut dengan bentangan karpet mewah dan deretan tentera di kiri kanan yang bersiap sedia di hadapan khemah Rustum. Walau ini adalah serangan psikologi musuh untuk menjatuhkan keyakinan diri Ribi', namun keyakinan beliau tidak goyah walau sedikitpun. Maka masuklah Ribi' ke dalam khemah tanpa turun dari kuda tunggangannya. Apa lagi. Memuncak marahlah para tentera melihatkan 'kebiadaban' Ribi' di hadapan ketua mereka. Tetapi bagi Ribi', mereka yang menjemputnya datang maka Rustum membiarkan sahaja tindakannya. Sambil melilau mencari di manakah Rustum, Ribi' memacakkan tombaknya dalam menembusi satu bantal mewah dan mengikut tali kudanya di situ.

"Awakkah Rustum?" tanya Ribi' kepada salah seorang tentera yang sedang berdiri di situ. Padahal memang sudah diketahui Rustum ada di situ sambil berbaring-baring. Tiba-tiba Rustum bersuara, "Apakah yang kamu mahu daripada kami?" Ribi' menjawab dengan kata-kata yang sangat terkenal, "Kami datang ke sini untuk membebaskan kamu daripada perhambaan manusia kepada kehambaan Yang Maha Esa!". Sungguh tegas dan yakin ucapannya hingga Rustum dan tentera-tentera yang lain terlopong. Setelah Ribi' berlalu, Rustum dengan cemas bertanya kepada salah seorang tenteranya di situ; "Pernahkan kalian mendengar ucapan yang paling baik sepertinya sebelum ini?". Apa lagi. Jawabnya, "Belum pernah".


Kegusaran Rustum:
Jika inilah sikap tentera biasa pasukan Muslimin, bagaimanakah pula gerangannya dengan sikap sang ketua pula. Hush! Sungguh menakutkan!


Kejayaan kaum Muslimin:
Berjaya menakutkan musuh dengan hanya mempamerkan akhlaq yang solid.


Kegusaran penulis:
Kehancuran akhlaq masyarakat Islam lambang kepincangan akhlaq para pemimpinnya.
Maka tak hairanlah apa yang diperjuangkan negara adalah perkara yang tak sepatutnya...mana misi mereka? Apakah mahu memenjarakan rakyat dengan kemiskinan hati dan materi?? Fikir-fikirkan bersama..........


RINTIHAN RAKYAT:
- kami terseksa
- kami binasa
- kami tiada identiti
- kami kebingungan
- kami mahu hiburkan hati dengan hiburan
- kami tidak kisah lagi
- ....

2 comments:

  1. " isu negara tidak kurang penting daripada isu palestine.. kerana dimana-mana ada jiwa-jiwa yang mnegucapkan kalimah laa ila ha illalah.. di situlah bumi saudara ku..."

    ReplyDelete
  2. ya. isu Malaysia mahupun Palestin adalah isu umat islam. penting diketahui dan diambil iktibar bersama

    ReplyDelete