
Ibn Qayyim Al Jauziyah : “Sungguh! Sedeqah memiliki pengaruh yang ajaib untuk menolak berbagai macam bencana sekalipun pelakunya orang yang berdosa, zalim dan bahkan orang kafir. Kerana Allah akan menghilangkan berbagai macam bencana dengan perantaraan sedeqah tersebut.”
Sesungguhnya sedeqah memang mempunyai pengaruh yang baik dan kesudahan yang bagus bagi individu juga masyarakat. Kerana bersedeqah boleh membuatkan hati pelakunya merasa bahagia, senang dan lapang. Apatah lagi ia menggembirakan hati si penerima sedeqah.
Ramai yang masih kurang memahami konsep bersedeqah dalam Islam. Ramai yang menyangka ia adalah pemberian yang berkaitan dengan harta sahaja, padahal bukanlah demikian.
Attention!
ReplyDelete