Suatu ketika, mungkin kita pernah terfikir,betapa berat dan kerasnya hidup ini. Saat hati kita seolah-olah tak mampu lagi menahan beban masalah...masalah hati yang tak pernah mahu tenteram..masalah kawan yang tak mahu memahami..maslah diri sendiri yang tak kuat membahagikan masa..
Saat kita merasa longlai, lemah dan berat melangkahkan kaki, merasa tak kuat dan bingung menghadapi pelbagai suasana hidup yang meletihkan.
TIDAK! Itu bukan tanda-tanda kelemahan yang patut dikesali. Sebab manusia memang diciptakan dalam keadaan yang serba lemah. Tapi, betapa penyayangnya Allah, Dia dah berjanji tak akan menimpakan beban masalah kepada seseorang kecuali dia mampu menanggungnya.
Hamka pernah mengatakan, "Tahap ujian iman itu tak ubah seperti anak tanggan yang bertingkat-tingkat. Tiap satu anak tanggan yang dinaiki, datang dari bawahnya satu pukulan kuat mengenai tubuh orang yang mendaki tangga tersebut.
Kalau tangannya kuat bergantung, kalau kakinya kuat berpijak, dan kalau akal fikirannya sentiasa berwaspada, pukulan tadi akan mendorongnya melonjak naik ke anak tangga yang lebih tinggi..
Tapi kalau tangan lemah bergantung, kaki tak kuat berpijak, dan kalau akalnya kusut serabut, maka pukulan itu akan dapat menjatuhkan dirinya!
Tetapi apa yang dikhuwatirkan, jika kita jatuh ke anak tangga yang paling bawah. Seandainya diri terasa lemah, sudah tentu sukar untuk kita nak bangun semula."
No comments:
Post a Comment