peduli ummat

Saturday, May 5, 2007

..My Hero..

Assalamualaikum wbt
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita tentang pengorbanan seorang suami terhadap isteri dan anak2nya. Kita namakan beliau sebagai Yazid..dan isterinya bernama Asma.
Asma ditakdirkan mengidap penyakit misteri. Urat sarafnya bermasalah dan sukar menggerakkan sebahagian badannya. Bila dibawa berjumpa doktor, doktor tidak mengesahkan sakit tersebit sebagai strok. Pelik rasanya.
Tidak mengapa. Si suami, Yazid bertindak mengambil peranan menjaga isteri dan rumah tangga. Sehinggakan semua masa untuknya berehat diabaikan. Jika Asma mengerang kesakitan setiap malam, Yazid tak dapat melelapkan matanya. Sebelum mereka masuk tidur, rawatan harian berbentuk urut-mengurut diberikan buat isteri, dengan harapan Asma boleh melelapkan matanya..walaupun ianya tidak memberi kesan, tetapi sekurang-kurangnya..ada usaha dibuat.
Sudah ditakdirkan Yazid mengidap sakit jantung..orang kata..silence killer. Tapi semua itu tidak dihiraukannya. Yazid juga manusia biasa yang memerlukan rehat yang secukupnya. Sudahlah kerja sebagai pendidik menimbun-nimbun..tugas menjaga rumah tangga pula diambil alih. Suatu hari, Yazid jatuh sakit dan mengadu kepada anaknya yang menuntut di universiti tempatan..
Maka, si anak tadi memujuklah ayahnya supaya banyakkan berehat. Apa jawab ayahnya..biarlah ayah mati ketika membuat kebaikan. Apa lagi, menggelabahlah si anak tersebut. Tapi sebagai ayah yang tidak mahu pelajaran anaknya terganggu, memujuk anaknya pula. Sudah terbalik pula..
Yazid berkata kepada anak kesayangannya..
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Tidak henti-hentinya bencana yang menimpa seorang mukmin lelaki mahupun perempuan, baik mengenai dirinyaatau saudaranya, atau harta kekayaannya hingga ia mengadap Allah sesudah bersih dari dosanya.."
Maka menangislah si anak tadi..

1 comment: