peduli ummat

Monday, April 23, 2007

peguam


mulia sungguh kerjayamu

membela orang tak bersalah

terlepas penghakiman jika berjaya

terbeban masalah di pundakmu


mengapa orang selalu mengatamu

"eleh! pandai putar alam sahaja layaknya

mana boleh pesalah terlepas!

dia yang bersalah.."


apa kamu tidak pernah terfikir

peguamlah orangnya yang dicari

bila bermasalah

segala tohmahan terkubur


mereka inilah banyak membantu

melepaskan manusia bermasalah

selagi terdaya

semua makan, tidur dan rehat

ditangguhkan! dilepaskan!

Pesanan: melepaskan 9 orang yang bersalah adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah..hadith nabi.

No comments:

Post a Comment