peduli ummat

Wednesday, June 2, 2010

Panjatkan Doa Qunut Nazilah


Salamun alaik buat semua para pembaca

Semoga kita semua mengikuti berita-berita tentang Palestin terutamanya tentang LL4Gaza sebagai menyambut seruan hadith Rasulullah yang meminta kita mengambil tahu keadaan sesama muslim di seluruh dunia. Sudah terang lagi bersuluh Israel aka Zionis sudah memang menjadi musuh tegar umat Islam dan mereka tidak duduk diam menyimpan kebencian mereka kepada umat Islam tapi menzahirkan perasaan mereka dalam tindakan-tindakan kejam ke atas saudara-saudara seiman kita di Palestin. Kedengkian dan kezaliman mereka sudah berada di puncak kewarasan sehinggakan bantuan kemanusiaan yang langsung tidak membawa sebarang senjata walau sebatang paku pun di hentamnya!

Ayuh semua para sahabat!
Kita jadikan fenomena ini sebagai batu loncatan untuk kita semua umat Islam bersatu setelah sekian lama kita berpecah. Apa sahaja yang boleh kita lakukan ialah:

1. Sebarkan maklumat tentang perkembangan apa yang berlaku di Palestin dengan apa cara sekali pun. Silakan kita forwars email, post di blog, sms, risalah, tulis di facebook dan sebagainya.

2. Memboikot barangan yahudi dan sekutu-sekutunya termasuklah Amerika Syarikat semampunya. Kita boleh cari alternatif pelbagai barangan boikot..Be creative and inovative.

3. Menganjur atau melakukan solat hajat dan membaca qunut nazilah sebagai senjata utama umat Islam.

Maksudnya “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Untuk doa yang pendek, sila lihat link ini.

4. Menyokong semua jenis aktiviti bantahan ke atas kezaliman ini.
Jom kita pergi demo Isnin ini di depan Kedutaan AS. Boleh berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji juga. Boleh bawa mafla atau bendera Palestin dan Malaysia atau apa sahaja yang berkaitan. No weapon is allowed!

5. Muhasabah diri bagaimana kita merespon dengan isu-isu umat Islam seperti ini.
Adakah isu bola dan segala hiburan menjadi prioriti kita? Apakah langkah seterusnya jika isu Palestin mula senyap? Apakah kita duduk diam sahaja? Ayuhlah kita perbaiki diri dan akhlak kita. Ibadah dan hubungan kita dengan Allah taala bagaimana pula? sebenarnya banyak perkara lagi perlu diperincikan..

No comments:

Post a Comment