peduli ummat

Monday, May 17, 2010

PGSM terkejut keputusan mahkamah


KUALA LUMPUR 15 Mei - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil semalam yang memberi kebenaran kepada seorang wanita bukan Islam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, Pgsm akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dipertahankan berikutan keputusan itu.

Pihaknya memandang serius perkara itu kerana mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan, hanya warganegara beragama Islam yang layak memohon dan menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

"Bertugas di Mahkamah Syariah memerlukan peguam berhujah dengan mengemukakan dalil al-Quran, hadis dan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu di kamar beliau selepas menolak bantahan awal MAIWP.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Ini adalah kes pertama di ibu negara apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam yang beragama Islam boleh bekerja sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Victoria yang memperoleh diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Penakulan Misteri:

1. Perlunya Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws (AIKOL) perincikan semula peluang menerima masuk pelajar non-Muslim untuk mengambil DSLP

2. Harapnya dengan mempelajari Islam dari kaca mata undang-undang Islam dapat membuka mata dan hati non-muslim untuk menerima Islam sebagai cara hidup..tapi masalahnya sekarang ini ramai practitioner hanya ada prinsip money oriented. Asal ada certificate of practice, silakan boleh practice dalam civil atau syariah.

3. Tercabar sudah mahkamah syariah? Maka perlu membuat pembaikan besar-besaran agar pengurusan menjadi lebih cekap dan efisyen.

4. Kemungkinan besar yang buruk, kredibiliti undang-undang di Malaysia bertambar tercalar! Kepercayaan masyarakat dengan sistem perundangan sudah runtuh bertaburan

5. Lahirkan peguam yang berprinsip Islam adalah suatu kemestian sekarang ini..wah!
mari kalian semua, kita bergabung!

No comments:

Post a Comment