peduli ummat

Monday, May 3, 2010

Ibu Mithali

Tanggal 3 Mei 2000, ibuku menghembus nafasnya yang terakhir..
pergi tak akan kembali..selamanya
dan hari ini 3 Mei 2010,
maka genap sudah 10 tahun ibuku meninggalkanku
rindu diri ini ingin bersua muka sudah tak terbendung
hingga doa dipohon agar ditemukan Allah
walau dalam mimpi
walau dijelmakan dalam 'roh'
semoga Allah pertemukan nanti di syurga
terbetik di hati ini apakah ibuku bahagia di alam kubur sekarang?
dapatkah aku memberikan kebahagiaan kepadanya?
kupohon pada Allah ambil sahaja semua pahala amalanku
dan berikan semuanya kepada ibuku
walau aku belum tahu apakah amalan-amalan tadi diterima
tapi aku harap dan pohon supaya ia diterima
agar ia menjadi pelita di dalam kubur yang gelap
agar ia menjadi pendamping di kala sunyi
agar ia menjadi taman-taman syurga yang indah
O Allah ampunilah ibuku
kasihanilah dia sepertimana dia mengasihiku ketika kecilku
tempatkanlah dia disisi hamba-hamba Mu yang beriman
temukanlah kami di syurga nanti..
amin

Al Fatihah buat ibuku..
"Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wafu'anha"
Ibu mithali ibu yang sejati kasih sayangmu kasih yang suci pengorbananmu disanjung tinggi jasamu tetap di sanubari ibu oh ibu sikapmu murni kelembutanmu menyentuh hati semai kasihmu dalam jiwaku kau disayangi kerna menyayangi ibu oh ibu hatimu suci tulus ikhlasmu mendidik daku sanggup bersusah dan menderita demi kebahagiaan sekeluarga ibu oh ibu kau serikandi bakti amalmu tidak terperi beramal soleh berperibadi mentaati Allah juga suami


1 comment:

  1. Coretan hatimu membuat diri ini tersentuh..Setiap orang pastinya mempunyai kenangan indah bersama ibu yang tidak mungkin dilupakan..Insan yang telah mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga buat anaknya..Tanpa mengenal penat lelah,mahupun bahaya.
    Teringat apa yang telah ustaz sampaikan di dalam kelas baru-baru ini.
    Seorang sahabat datang bertemu Rasulullah mengadu bahawa dia mempunyai seorang ibu yang sedang sakit.Dia menjaganya dengan sebaik yang mungkin dan bertanya adakah sama pengorbanannya dengan ibunya. Rasulullah menjawab tidak.
    Bukankah menjaga ibu lebih sukar daripada ketika ibunya menjaganya ketika kecil.Rasulullah katakan, kerana ibumu menjagamu dengan perasaan gembira tidak sepertimu. Subhanallah, jasa ibu tidak mungkin dapat dibalas walau sebanyak manapun kebaikan ku buatkan untukmu ibu.

    Semoga Allah merahmati setiap ibu di dunia..
    Semoga Allah tabahkan hati setiap insan yang menghargai ibunya..

    Wassalam..

    ReplyDelete