peduli ummat

Monday, April 5, 2010

..Pesona Seorang Manusia..




Satu hari, Ana (bukan nama sebenar) masuk ke dalam kedai photostate di sebuah kolej. Tiba-tiba sapa pemilik kedai, "Mana helmet?". Itu adalah kali pertama pemilik kedai tersebut menyapa Ana. Padahal sebelum ini, sudah beberapa kali Ana masuk ke kedai itu. "Helmet? Kenapa dengan helmet?", bisik Ana kepada dirinya sendiri. "Oh!" detik hati Ana tiba-tiba, "Patutlah dia tanya, sebab setiap kali masuk kedai ni, mana pernah aku tanggal helmet...hoho". Agaknya si pemilik kedai tadi tak puas hati bila soalannya tadi tak berjawab. Lagi sekali perhatian dicari, "Adik, muka adik serupa la dengan pelakon terkenal dalam sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih'".

..........scene seterusnya dipotong................


Manusia adalah makhluq hidup yang memiliki pelbagai potensi dan pesona. Mereka memiliki kelebihan dan juga kekurangan. Tapi soalnya, ada apa dengan seseorang manusia itu? Ciptaannya sungguh sempurna lagi unik kerana mereka telah dilengkapi dengan 3 unsur. Unsur tersebut adalah unsur-unsur fizikal, spiritual dan mental. Maka, apakah perkara yang membezakan antara seseorang manusia dengan yang lainnya?

Teringat gaya pertanyaan seorang seniman terkenal tanah air dalam filem Ahli Nujum Pak Belalang ketika berhujah dengan ahli nujum negeri Masai'.

Ahli Nujum Masai:"Dimanakah letaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah? Di kerisnyakah atau di tenaganya?"

Ahli Nujum Pak Belalang: "Adapun kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukanlah terletak di kerisnya ataupun di tenaganya. Kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah terletak di atas huruf 'ta'. Oleh kerana huruf 'ta' lah yang menguatkan ejaan Tuah. Ta Wau Alif Ha, TUAH. Cuba huruf 'ta' digantikan dengan huruf 'ba'. Bunyinya BUAH. Datuk kenal dengan Hang Buah?

Ahli Nujum Masai: Tak kenal...sambil mencebik bibirnya tanda kekalahan..


*Pesona Kecemerlangan*

Tapi persoalanku berbeza kali ini.
"Dimanakah letaknya pesona seorang manusia? Di wajahnyakah, di pakaiannya atau di otaknya?"

Jika pesona sebuah sinetron adalah pemegang wataknya,
pesona lagu pula terletak pada lirik dan melodinya.
Maka, bagaimana pula dengan pesona seorang manusia?



Telah kutemui jawapan persoalan tadi dalam buku tulisan Anis Matta, "Delapan Mata Air Kecemerlangan". Menurut beliau,

"Islam datang dengan dua pesona; pesona kebenaran yang abadi dan pesona manusia Muslim yang temporal. Dan setiap momentum sejarah dimana kedua pesona itu bertemu, Islam selalu berada di puncak kekuatan dan kejayaannya. Itulah yang terjadi ketika Aisyah radhiyallahuanha bercerita tentang akhlaq Rasulullah saw, "Akhlaq Rasulullah saw adalah al Quran."

"Manusia Muslim yang memiliki kulifikasi tersebut, pastilah akan menjadi manusia-manusia yang cemerlang. Dan kecemerlangan mereka, pastilah akan mempesonakan masyarakat dan lingkungan dimana dia berada. Dan pesona kecemerlangan mereka tentulah dengan sendiri akan menjadi pesona Islam."



* Hilangnya Pesona Sang Manusia *

"Akan tetapi, itulah masalah Islam saat ini, ia tidak akan pernah kehilangan pesona kebenarannya, kerana kebenarannya bersifat abadi. Namun, setiap saat ia dapat kehilangan pesona manusianya, kerana kecemerlangan mereka bersifat temporal. Iyulah yang kini terjadi, ketika pertemuan antara keagungan risalah dan kehebatan sang rasul tidak lagi terulang, sehingga keagungan kebenaran Islam tidak tervisualisasi dalam kecemerlangan manusia-manusianya."


* Keterbelahan Peribadi*

"Kita umat Islam umumnya menerima Islam sebagai 'warisan sosial' yang bersifat given, bukan sebagai satu pilihan hidup yang kita putuskan melalui proses pemahaman, pengetahuan dan keyakinan. Itulah sebabnya Islam tidak menjadi cahaya yang mencerahkan akal kita, atau api yang melahirkan gelora jiwa kita, atau gelombang yang menciptakan dinamika hidup kita. Keperibadian kita terbelah, dan kita lalu kehilangan orientasi dan perasaan terarah."


* Mata Air Kecemerlangan *

"Jika kita mahu membangun kembali manusia-manusia Muslim yang cemerlang yang menjadi salah satu pusat pesona Islam, maka kita harus mempertemukan kembali manusia-manusia Muslim itu dengan mata air kecemerlangan mereka."


* Pesan Spiritual Penjernih Hati*

Subhanallah..rupanya pesona seorang manusia itu terletak pada peribadinya yang tangguh sehingga hati-hati mereka bersinar menyebarkan cahaya pesonanya ke sekitarnya mahupun ke seluruh dunia..



Pembaca yang budiman, kita hanyalah manusia biasa dengan segala kelemahan fizikalnya. Apa pun yang terjadi pada fizikal kita, misalnya sakit, cacat, keletihan dan sebagainya itu tidak mempengaruhi "kesihatan" spiritual kita.

Ya ada apa dengan manusia? Ada hati dan jiwa dalam diri kita. Terkadang, kerana sesuatu perkara, tiba-tiba berlaku perubahan besar dengan spiritual kita. Ya, solat tidak lagi khusyuk. Ghairah qiamullail melemah sedikit demi sedikit atau hilang terus! Semangat membaca Al Quran menurun. Kita tidak lagi ingat kepada kematian, bahkan rasa 'biasa-biasa' saja ketika mendengar atau melihat secara langsung kematian seseorang, atau ketika melalui tanah perkuburan. Kita susah diingatkan dan mudah melenting ketika ditegur. Jiwa kita liar. Mata kering tidak mengeluarkan air mata keinsafan. Kita gagal menangkap pesan-pesan Allah taala yang bertebaran dalam Al Quran dan alam semesta. Dan masalah-masalah lain yang tidak tertulis..

Bila ini terjadi pada kita, maka inilah penyakit kronik kematian spiritual kita, kematian hati dan jiwa kita, walaupun secara fizikalnya kelihatan segar bugar dan nampak WAH! Lalu bagaimana mungkin pesona manusia muslim itu akan terlahir dari diri kita...insafnya diri ini...

Pembaca budiman, mari bertanya kepada diri kita, bagaimana caranya menghidupkan hati dan jiwa yang ideal? Bagaiman pula nanti kita menjaga stabilitinya?...


..diri ini yang menulis tidaklah lebih baik daripada pembaca yang budiman..ia sebuah perkongsian yang mahu mencetuskan perubahan dan mahu mengetuk pintu hati-hati yang mencari ketenteraman..

wallahua'lam.

3 comments:

  1. Salam ukhti...ana masih belum kesempatan membaca buku Pak Anis Matta.. Tertarik sekali dengan sedikit kupasan dari enti..jazakillahu khairan katsiran...

    ReplyDelete
  2. salam alaik sya, syukran...meresap ke hati..smga ada perubahan positif dalam diri saya

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt

    Besar wawasan seseorang Muslim sangat tergantung dengan imannya..kerana nanti akan lahir keberanian untuk berubah..bukan setakat merubah diri sendiri, bahkan orang lain juga akan mendapat manfaatnya..

    ReplyDelete