
Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Terasa sangat lama tidak menulis..hingga idea di fikiran beku untuk diterjemahkan ke dalam tulisan..Semoga segala amalan di bulan Ramadhan ini membantu kita semua menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Nya.
Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan melepaskan tetamu agung kita menemui Sang Pencipta bagi memenuhi sunnatullah masa yang sentiasa berjalan tanpa menunggu sesiapa yang kelewatan. Oleh kerana tetamu agung ini tidak akan lama bersama, layanilah ia dengan sebaik-baik layanan, semoga diberkati Allah..sajilah ia dengan qiamullail, doa, taubat, istighfar, zikir, tilawah quran..dan tangisan! Semoga dua mata yang mengalirkan air mata keinsafan ini menyelamatkan kita dari dibakar api neraka..ameen.
Amalan di bulan Ramadhan diteruskan di bulan-bulan lain sebagai salah satu tanda bahawa pentarbiyahan kita di 'Sekolah Ramadhan' ini membuahkan hasilnya. Lantas, apakah amalan yang boleh dilakukan pada Bulan syawal akan datang ini? Maka perkongsian kali ini adalah sebagai peringatan kepada semua sahabat pembaca terutamanya si penulis =)
MEMAKNAI HARI RAYA AIDIL FITRI
Aidil Fitri adalah hari raya umat Islam seluruh dunia yang dianugerahkan oleh Allah taala. Dia mengembalikan manusia kepada fitrahnya dengan diperintahkan untuk makan dan minum sebagai hari bergembira setelah berpuasa sebulan lamanya.
1. Doa
Terdapat doa yang dibaca ketika kaum muslimin berjabat tangan dan saling memaafkan:
"Semoga Allah taala menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba Nya yang kembali kepada fitrah dan sebagai hanba-hamba Nya yang menang melawan nafsu. Dan semoga Allah menerima segala amal ibadah kita."
2. Qiamullail pada malam hari raya Aidil Fitri.
Dari Abu Umamah r.a. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Aid (Fitri dan Adha), dengan ikhlas kerana Allah taala, maka hatinya tak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia." (HR Ibnu Majah)
3. Mandi, berwangian dan berpakaian rapi.
Dari Fakih bin Sa'd bercerita bahawa Rasulullah saw sentiasa mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidil Fitri dan hari Aidil Adha. (HR Ahmad)
4. Pergi masjid.
dari Ibnu Abbas ra, bahawa Rasulullah saw memerintahkan anak-anak dan isteri-isteri baginda untuk keluar (mendatangi tempat solat Aid) pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. (HR Ahmad)
5. Saling bermaafan dan mendoakan.
Dari Khalid bin Ma'dan ra berkata, aku menemui Wasilah bin Al Asqo' pada hari Aid lalu aku mengatakan, "Taqabbalallahu minna waminka" Lalu dia menjawab, "Iyya, taqabbalallahu waminna waminka." Kemudian Wasilah berkata, "Aku menemui Rasulullah saw pada hari Aid dan aku mengucapkan "taqabbalallahu minna wa minka". Kemudian Rasulullah saw menjawab, "Iyya, taqabbalallahu minna wa minka." (HR Baihaqi dalam sunan kubra)
Semoga kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia lain dengan ziarah menziarahi..
Wallahua'laam
Maaf zahir batin =)
No comments:
Post a Comment