
PENCETUS ZIKIR FIKIR
Dalam satu sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) sebuah program bersama dengan rakan-rakan universiti lain, fasi mula mengumpan perhatian kami..
Kata fasi, " Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa, seorang Muslim sebenar sangat bijak dan berilmu pengetahuan."
Kami termangu sebentar.
" Apa sebenarnya maksud fasi?"
Sambung fasi, " Memanglah seorang Muslim sebenar sangat bijak dan berilmu.." Sempat fasi mengukir senyumnya kerana umpan mengena. "Mari kita lihat bagaimana."
Ok, mahu membaca Al Quran sahaja, perlu tahu baca alif ba ta.
Belum cukup lagi tu..
Tajwid dan makhraj pula ibarat ilmu persilatan. Pesilat perlu mahir dengan segala pencaknya. Jika tidak, jurus demi jurus akan pincang. Tidak semena-mena nanti akan mengundang gelak musuh pula. Tidak mengapa sampai terbelit lidah. Itu hanyalah permulaan..
Ada lagi?
Ya.
Allah, Tuhan yang mengajar manusia segala sesuatu mahu kita sentiasa hidup terarah dan bukan tersasar dari petunjuk Nya. Maka diujinya minda kita dengan gambaran jelas dan perumpamaan yang tersurat di dalam 'Surat Cinta' Nya supaya timbul fikir dan zikir. Harapnya, semua pembaca 'Surat Cinta' Nya pandai melakukan analisis.
Contohnya, Allah beri gambaran jelas, menggalakkan manusia berimaginasi keadaan syurga dan neraka.
Bagaimana nikmatnya berada di dalam syurga.. Digambarkan di sana bidadari rupawan lagi muda yang tersimpan baik seperti permata berharga dicipta khusus untuk calon yang layak sahaja. Sejarah sudah tercatat 1400 tahun yang lalu apabila seorang sahabat nabi yang bermimpikan bidadari cantik, diberi gelar Ainul Mardhiah sebelum berjuang di medan perang, syahid bertemu sang bidadari yang dijanjikan. Ganjaran bidadari cantik sudah sebati dalam dirinya hasil membaca 'Surat Cinta' saban hari sehingga dibawa ke dalam tidur. Gambaran segala nikmat syurga seolah-olah terpampang jelas di hadapan matanya hingga motivasi diri melonjak jauh. Mahu dicapai apa yang dicita-citakan. Biar apa yang datang menghalang, akan ditepis ke tepi. Biar musuh berlari datang menghunus senjata, dihadapinya penuh berani! Tidak ada apa lagi yang dia nampak. Hanyalah gambaran dan bau syurga yang terpampang jelas. Subhanallah!
Digambarkan juga dalam 'Surat Cinta', keadaan azab neraka yang sangat mengerikan, sehingga bergetarlah kulit-kulit dan hati-hati pembacanya. Ia meluncurkan air mata ketakutan dalam penghambaan. Begitu sekali gambaran visual Allah dalam Al Quran. Jelas dan terang ibarat cahaya di atas cahaya. Jika di dunia, manusia menginginkan hidup yang abadi kerana mahu sentiasa enak dalam nikmat Nya..tapi apabila diazab di neraka, kematian sangat diinginkan kerana dengannya, segala azab yang ditanggung dapat dihentikan. Biar walau sementara cuma. Tapi itu harapan yang sia-sia sahaja.
Apa maksud semua gambaran ini?
Gunakan akal kita untuk membuat analisa yang tepat.
Allah sedang berbicara dengan kita bahawa:
1. Setiap apa yang kita buat, semuanya diambil kira dan akhirnya diberi ganjaran yang setimpal.
2. Manusia sangat memerlukan Allah, Tuhan yang menciptanya dalam apa jua keadaan. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaan Nya.
..
..
Ia bukan sebarang analisis.
Tapi analisis yang melihat sesuatu dengan kaca mata Islam.
Sehingga terdoktrin dalam pemikiran setiap muslim, cara berfikir yang rabbani, cara fikir yang menjangkaui apa yang terzahir.

MBA : MUSLIM BANYAK AKAL
Analisa juga penting dalam menyampaikan Islam.
Antaranya, manusia sukakan hiburan. Sekumpulan rap muslim Amerika menggunakan pendekatan ini membawa konsep yang berbeza dalam muzik mereka.
(Sila klik di sini untuk baca selanjutnya)
Manusia gemar menonton TV. Orang Islam kontemporari kreatif dalam mengenalkan agama supaya rasa berTuhan hadir dalam diri Atheis.
(Sila klik di sini untuk baca selanjutnya)
~Berkreatif untuk menggarap potensi~
No comments:
Post a Comment