
Tanya Tun Teja pada Hang Tuah (lakonan P Ramlee): Apa ertinya kasih sayang? Bolehkah tuan hamba khabarkan kepada kita?
Ya. Ia tidak boleh diceritakan dengan hanya menggunakan bahasa biasa...maka mulalah hang Tuah menyanyi..
Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia
hmmm..
kepentingan sendiri tidak diingini
bahgia kekasih saja yang diharapi
berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia
hmmm..
untuk menjadi bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji
berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sehati dan mulia
"Bolehkah begitu?
barang kali aku tak boleh bercinta.
cintaku hanyalah pada raja dan tanah air saja"
bisik Hang Tuah pada dirinya setelah Tun Teja pulang.
Sungguh tragis kisah percintaan Tun Teja dengan Hang Tuah yang pernah berkata: "dalam diri hamba hanya mengalir satu cinta sahaja. Ia adalah taat setia kepada Sultan Melaka semata". Hancur luluh perasaan Tun Teja setelah mengetahui niat sebenar Tuah membawa lari Teja untuk diperisterikan Sultan Melaka.
Apakah maksud sebenar sebuah kasih sayang? Selalu manusia tersalah hitung dalam menilai sebuah kasih sayang. Mungkin telah dikaburi dengan 'kuasa cinta sejati' sehingga sanggup mengorbankan diri untuk melakukan apa sahaja asalkan cinta suci termahkota. Atau mungkin diri sendiri sendiri terkorban demi membuktikan kasih sejati.
Cinta suci tidak layak dibuktikan dengan bayaran yang tidak bermaruah yang selalu dilakukan oleh muda mudi sekarang. jangan kita kotori cinta suci dengan melanggar larangan Tuan Pencipta Cinta kelak binasa di 'sana' tanpa pembela.
Seringkali manusia diuji dengan tingkatan cinta yang manakah perlu diutamakan..sehinggakan hati berbelah bagi, atau diri terpaksa menanggung derita..tetapi betapa Allah Tuhan Pencipta Cinta telah memberikan cinta Nya dengan menunjuk cara meletakkan prioriti cinta di dalam kalam suci Nya:
Katakanlah: "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul Nya serta berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan Nya." (QS 9:24)
Wahai diri yang mudah lupa...ingatlah erti cinta suci gambaran Sang Pencipta Cinta ini agar engkau tidak menjadi hina di dunia dan binasa di akhirat.
No comments:
Post a Comment