
Kebanyakan waktu wanita merasa puas dan sedikit bangga kerana semua kerja baik sesuai untuk wanita mahupun lelaki, mampu dilakukan.
Malah golongan lelaki selalu pula menjadi pengikut dan penyokong setianya.
Tapi Allah datangkan pengalaman unik dan peringatan yang membekas kepada mereka untuk tidak terus bongkak dan sombong mencari persamaan taraf dengan lelaki dengan kesakitan yang tak akan boleh diatasi dengan kekuatan fizikal... tetapi kekuatan dalaman sahaja mampu mengatasi kesakitan itu..
Apakah kesakitan itu? Setiap bulan pula. Belum cukup lagi. Ada lagi rupanya. Hmm. Apa lagi? Lahirkan zuriat pula. Rupanya wanita itu lemah kan? Hmmm. Tak juga.
Oh! Jadi wanita ini kuatkah?
Dari sudut menahan kesakitan, ya wanita 'kuat'.
Jika tak mahu percaya, cuba golongan lelaki berlakon 'mengandung' untuk sehari sahaja.
Bawalah perut itu kemana sahaja. Jangan pula ditinggalkan walau nak ke tandas.
Alhamdulillah Allah kurniakan emosi yang penuh dengan kasih sayang sebagai penyanggah untuk tetap terus menahan kesakitan itu...
No comments:
Post a Comment