Apa khabar kawan-kawan semua. Semoga sentiasa bersemangat dan ceria sepanjang masa.
Kali ini saya nak ajak semua menjelajah minda masing-masing. Jom kita mula!
Tahun 2020, Jepun, negara kaya dengan sumber makanan laut itu mengalami masalah besar yang melibatkan hidup dan mati penduduknya. Maka Menteri Sumber Makanan, Masatoshi mula menggelabah dan runsing memikirkan masalah ini berseorangan. Sekarang kita sebagai ahli bijak pandai yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri mesti merungkaikan kekusutan Masatoshi ini dengan kadar yang segera kerana kita juga nanti akan kelaparan untuk waktu yang panjang. Boleh kita mulakan sekarang?
Baiklah. Sebagai orang Jepun asli, kita hanya makan makanan laut yang segar sahaja. Ia mestilah tidak dibekukan, ditinkan dan disimpan dalam masa yang lama.
Masalahnya sekarang, kawasan laut persisir pantai sudah kehabisan ikan yang boleh dimakan. Maka dermaga dan kapal besar perlu dipersiapkan untuk menangkap ikan di kawasan laut dalam.
Sekarang, bagaimana kita mahu memastikan yang ikan-ikan yang ditangkap nanti sentiasa SEGAR dan tidak seperti nyawa-nyawa ikan setelah sampai ke pelabuhan. Itupun belum lagi diambil kira masa yang digunakan untuk proses pemunggahan. Ingat ya. Ikan itu mesti SEGAR.
Menteri 1: Kita letakkan hasil tangkapan dalam peti ais atau bekas besar yang diletakkan ais di dalamnya.
Masatoshi: Tak boleh. Ikan tak segar. Jika dihantar ke restoran-restoren besar, mereka tak akan terima. Rugilah kita.
Menteri 2: Bukankah dalam kapal besar tersebut ada kolam besar. Letakkan sahaja hasil laut di dalamnya.
Masatoshi: Hmm. Tak jadi juga. Sebab kita mahu kuantiti tangkapan kita banyak. Sekali tangkap, ikan-ikan itu boleh mati beberapa persen kerana terlalu padat jaraknya di dalam kolam kapal tadi. Tapi kita tak mahu kapal besar ini keluar ke laut dalam terlalu kerap. Sedangkan masa yang lama perlu diambil sekali keluar ke laut. Sesampainya kapal tadi ke pelabuhan, kuantiti ikan yang mati bertambah. Ikan yang tinggal pula sudah nyawa-nyawa ikan.
Menteri 3: Susah-susah sangat, kita import sahaja makanan laut.
Masatoshi: Haish! Lagi tak boleh! Ikan-ikan yang diimport semuanya tak segar.
Jawapan kita pula?? Semua tak boleh. Bagaimana kita mahu makan?
Jawapannya...
1. Pasangkan pagar berdawai yang kukuh di tengah-tengah kolam di atas kapal.
2. Letakkan seekor jerung yang kelaparan di sebelahnya.
3. Masukkan semua hasil tangkapan di sebelah lagi satu.
Ha! Sekarang semua ikan terpaksa berkejaran ke sana sini kerana diancam dengan kelaparan jerung di sebelah pagar. Ikan yang tidak henti-henti berlarian ini telah mengaktifkan dagingnya. Maka daging akan sentiasa SEGAR. Alhamdulillah. Selesai sudah masalah Masatoshi dan semua penduduk Jepun yang hanya makan ikan segar sahaja.
Pengajaran:
1. Jerung adalah motivasi penting seseorang.
2. Jerung memaksa kita bergerak aktif.
3. Apa pula 'jerung' kita untuk terus mengecapi cita-cita???
4. Tetapkan segera 'jerung' kita sekarang.

semoga bermanfaat =)
No comments:
Post a Comment