peduli ummat

Friday, January 16, 2009

Perang untuk mati vs perang untuk hidup


Sudah 21 hari Palestin dibantai tanpa mengenal erti kemanusiaan. Jumaat penuh berkat ini, kanak-kanak lelaki mahupun perempuan, kaum ibu dan orang yang tidak upaya bertambah sengsara dengan ancaman 'anjing-anjing' Yahudi dengan senjata termoden dan tercanggih lagi kebal yang kononnya tiada tandingan di dunia.

Huh. Senjata termoden mereka sebenarnya bukti betapa mereka takut mati. Berperang hanya untuk hidup. Padahal mujahidin Palestin berperang untuk mati. Mati syahid. Sudah boleh diketahui siapa yang akan mendahului peperangan ini kerana orang yang berperang untuk mati akan mengerahkan seluruh tenaga untuk mencapai cita-cita tersebut kerana bagi mereka jiwa-jiwa dan ruh-ruh tidak mahal jika dibandingkan dengan tanah suci umat Islam, Al Aqsa. Tapi bagi golongan yang takut mati, mereka takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup membunuh anak-anak kecil. Kata mereka, anak-anak kecil ini adalah pengganas sedangkan bertatih pun ada yang belum pandai.

Allah telah mencampakkan perasaan takut mereka kepada orang mukmin walaupun manusia yang digeruni itu belum kenal apa itu kekejaman manusia pengganas sebenar. Ya. Sejarah berulang lagi. Jika dulu, Firaun yang takut akan mimpinya bahawa nanti akan lahir seorang bayi lelaki yang bakal merampas empayar kekuasaannya membunuh semua bayi lelaki tidak berdosa. Tetapi sekarang pita sejarah dimainkan semula dengan memodenkan cara pembunuhan, dilakonkan di pentas di mana era globalisasi diagungkan, dengan suasana undang-undang hak-hak kemanusiaan menjadi sanjungan.

Dengan izin Allah taala, Nabi Musa yang bakal menjatuhkan Firaun hidup dengan sihat bahkan dipelihara sendiri oleh musuhnya Firaun. Sungguh hebat perancangan manusia dalam menghapuskan apa yang tidak disukai. Tapi perancangan Allah lagi Maha Hebat! Maka tunggulah kaum Yahudi laknatullah! Pasti akan datang pertolongan Allah terhadap orang mukmin kerana Allah memelihara kami semua. Nanti kalian semua akan menghadapinya dengan mata yang terbelalak, tegang urat tengkuk hingga mulut tidak mampu ditutup lagi. Ketika itu, sudah terlambat segala penyesalan! tunggulah azab Allah akan turun wahai kaum yang bongkak dan sombong!

No comments:

Post a Comment