
Beliau juga dikenali dengan jolokan "Kotak Hitam" Rasulullah kerana banyak menyimpan rahsia Rasulullah dan selalu bersama dengan baginda maka banyaklah hadith yang dapat direkod oleh beliau.
Hm. Siapakah peribadi unik ini? Beliau adalah Abdullah ibnu Mas'ud yang telah memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Anak-anak di Malaysia sendiri pada umur sebegini hanya mengenal Power Rangers, Power Puff Girls atau mungkin Tom Tom Bak. Tapi beliau sejak kecil sudah dibuka hikmah untuk menerima dan membezakan apa itu baik dan buruk.
Para sahabat pernah mentertawakan keadaan fizikal Abdullah ibnu Mas'ud kerana memiliki tubuh kecil yang pendek dan berbetis kecil. Rasulullah saw berkata: "Kalian mentertawakan betis Abdullah ibnu Mas'ud tetapi ketahuilah jika kedua-dua betisnya ditimbang, nescaya kedua-duanya lebih berat lagi timbangannya dibandingkan dengan Bukit Uhud"
Moral atau ibrahnya: Rupa paras seseorang bukanlah ukuran tetapi keadaan hati dan amalannya yang utama. Biarlah hensem, hodoh, gemuk, kurus, pendek, cantik, hitam mahupun putih rupa paras seseorang itu tidak penting. Apa yang menjadi ukuran dan membezakan diantara manusia di sisi Allah adalah ketaqwaan seseorang.
Jika setiap pagi menjadi kemestian kita mencuci muka dan membelek-belek muka di hadapan cermin sambil tersenyum-senyum kemudian cuba mengubah-ubah memek muka supaya muka kita sentiasa berkeadaan cantik dan bersih dari segala jenis 'pelesit' yang dipanggil jerawat, jeragat dan 'sun burn',bagaimana pula keadaan hati kita?
Muka perlu cantik sentiasa kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan manusia. Tapi hati lagi mesti dijernihkan kerana ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Ya. Allah Maha Adil dan Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia tidak memandang keadaan fizikal seseorang. Jika tidak sudah tentu yang layak masuk ke syurga hanyalah calon-calon Miss World dan seangkatan dengannya.
Apabila Allah sudah sayangkan kita, Dia akan mengkhabarkannya kepada semua malaikat dan seluruh penduduk langit dan bumi untuk mencintai si polan/polanah ini..
Cintailah diri ini o Allah...
No comments:
Post a Comment