peduli ummat

Monday, July 23, 2007

Selama aku belajar dari dulu sampai sekarang..dari kecil sampai besar ..ada beberapa orang guru yang boleh membuat aku betul-betul gembira dan mengalirkan air mata..


Ha! apa cerita sampai ketawa dan menangis depan cikgu ni?!
Ini semua pasal terhibur dan menghayati mesej yang nak disampaikan oleh mereka yang berhati mulia lagi ikhlas.


Kejadian pagi tadi di dalam kelas Usul Fiqh, aku nyaris berderai air mata penangan cerita motivasi guruku yang kini ku anggap sangat abnormal. Ha! jangan salah faham pula..abnormal di sini aku maksudkan dengan unik atau lebih tepat lagi, lain dari yang lain. Abnormal jenis ini, aku suka!


Hmm..apa yang abnormalnya? guruku yang seorang ini sangat selesa membahasakan diri beliau sebagai 'aku' dan anak-anak muridnya 'kau', 'darling' (tak tahan betul) dan 'anak-anak' (alahai..sejuk perutku). Tak perlulah beritahu nama beliau. Cukuplah dengan kebaikan dan sifat beliau yang aku gemar ini, ditatapi. Tetapi, sejak dari mula kelas lagi beliau mohon maaf untuk membahasakan diri sebagai 'aku'. Aku tak ambil kisah kerana terasa dengan panggilan nama tersebut, merapatkan dan memesrakan hubungan guru dan anak murid.


Beliau sangat positif dan pandai menghibur hati orang lain..apatah lagi menusuk qalbu anak-anak muridnya. Tadi..


"Aku duduk dalam perut mak aku 12 bulan. Ha! kau duduk dalam perut mak engkau berapa bulan?" tanya cikgu sambil menuding jari ke arah Farisah, kawan di hadapanku.


Terkulat-kulat Farisah memandang cikgu dan menjawab perlahan, " 9 bulan ustaz.."
" Ha tengok! engkau semua duduk dalam perut mak 9 bulan. Aku sorang je 12 bulan..
itu sebab aku belajar pandai (dalam hati..aku bersetuju..teringat kisah yang sama berlaku kepada Imam Syafie yang dikandung ibunya selama 2 tahun) bertapa dalam perut mak aku lama-lama. Sebab itulah aku boleh jadi 'best student' di Mesir dahulu!"


Kami semua tergelak-gelak dengan celoteh cikgu. Tiba-tiba cikgu menambah, " itu sebab aku berdoa kepada Allah supaya masukkan mak aku ke dalam syurga..tiada sebab Allah tak boleh masukkan mak aku ke dalam syurga! mak aku kandungkan aku 12 bulan, siap toreh getah tengah sarat-sarat mengandung...kasihan mak aku. Aku yakin Allah masukkan mak aku ke dalam syurga".


Semua terdiam..aku tersentak sedikt. Mataku pudar..nasib baik tak berjujuran air mata..

1 comment:

  1. Kasih ibu tiada bertepi, demi anak lautan api sanggup diredahi.

    Sanggupkah kita sebagai anak buat perkara yg sama?

    ReplyDelete